Blog ini mula beroperasi pada hari Rabu 09.09.09. Nations Under Special Associational Necessity Towards Achieving Regional Aspiration bermaksud Negara-Negara Di Bawah Keperluan Untuk Bersatu Ke Arah Mencapai Aspirasi Serantau. Ia bertanggungjawab menyatukan bangsa-bangsa Melayu mengikut terma antropologi dari negara-negara yang berasingan di Kepulauan Hindia Timur yakni Kepulauan Nusantara. Blog ini merupakan salah satu suara aspirasi yang diketengahkan melalui medium Bahasa Nusantara versi Malaysia

12 September 2009

Tunku Tidak Bersalah

Tengku Abdul Rahman mungkin tidak digemari di Indonesia kerana sebab beliaulah, Sukarno menjadi begitu marah akan Malaysia. Ini jelas kerana Tengku merupakan pemimpin Malaysia yang bertanggungjawab memandang sepi seruan Indonesia Raya yang ditaja Sukarno lalu meminta bantuan Inggeris memerangi Komunis yang merampas pemerintahan Malaya dari Jepun.

Di Indonesia, pemergian Jepun dalah kekalahan mereka memberi peluang Sukarno berunding dengan jeneral Jepun terakhir di Indonesia bagi 'merampas' keluasan tanah Belanda.

Tetapi sentimen di Indonesia menganggap bahawa Majapahit melalui Perdana Menterinya telah berkembang ke seluruh Nusantara pada abad ke 14. Perdana Menteri yang masyhur itu tentulah Gajah Mada. Gajah Mada menggunakan 'nusa antara' yang disebut 'Nusantara' bagi negeri-negeri jalinan diplomatiknya di luar empayar Jawa yakni Kerajaan Majapahit hinggalah perkataan tersebut kekal menjadi Nusantara.

Jika ada rakyat Nusantara mahu kegemilangan Gajah Mada menjadi kunci kegemilangan Indonesia, negara tersebut secara teknikalnya perlu dinamakan Majapahit. Tetapi itu pasti menjadi tentangan bagi wilayah kejauhan dalam Indonesia itu sendiri.

Jika ini disensasikan oleh media tidak bertanggungjawab, sudah tentulah perkataan Nusantara menjadi bahan klaim lagi.

Berbalik kepada Tengku Abdul Rahman, beliau memanggil British kembali adalah kerana kelengkapan senjata pihak komunis adalah hebat kerana ianya biayaan British kepada gerakan Malayan People Anti Japanese yang 90% dianggotai oleh pendatang China yang menjadi mangsa pembunuhan Jepun.


Semasa Jepun berangkat keluar, MPAJ telah bertukar fungsi dengan pengaruh Komunis meresapi keseluruhannya dan pembalasan dendam dibuat ke atas orang Melayu Islam yang sebelum itu bekerjasama dengan Jepun dalam urusan pentadbiran dan percukaian. Ramai imam, penghulu, ketua kampung dang pegawai kerajaan berbangsa Melayu dibunuh dengan kejam.

Sukarno tidak dapat mencampuri urusan ini kerana 'Indonesia' ciptaannya itu sendiri sedang bermati-matian menentang Belanda yang cuba masuk kembali setelah Jepun menyerah kalah. Maka untuk apa Tengku perlu dipersalahkan apabila Sukarno sendiri terlalu mementingkan diri.

Akibatnya, ramai tokoh haluan kiri Malaya yang menyokong idea Sukarno terpaksa merempat di Sumatera dan terpadam cita-cita mereka.

Hakikat yang tidak diketahui oleh rakyat Indonesia adalah pada tahun-tahun konfrontasi 60an, pihak Amerika dan Britain yang merupakan 'tok guru' Tengku telah menyarankan agar satu konspirasi dibuat dengan mereka mengebom kapal di Selat Melaka dan menuduhnya sebagai perbuatan Indonesia. Tujuan utama ialah untuk mereka dapat masuk mencampuri ketegangan di Nusantara dan menyerang dan merampas Indonesia. Tengku menjawab :"TIDAK, MEREKA SEBANGSA DAN SEAGAMA DENGAN SAYA. SAYA TIDAK BENARKAN ITU TERJADI"

Majlis Mesyuarat Nusantara

Apakah yang dikatakan dengan menyelamatkan rantau Nusantara daripada menjadi mangsa kapitalis di era globalisasi? Ini berkait rapat dengan iklim ekonomi dunia yang kini berpegang kepada pasaran bebas dan untuk ini, setiap umat Nusantara tidak boleh dipinggirkan dalam perencanaannya.

Ini bagi mengelakkan berlakunya penyongsangan ke atas penggemblengan gunatenaga yang akhirnya tidak memberi manfaat kepada kesamarataan agihan kemakmuran rantau Nusantara kerana berunsur kerahan dan penindasan. Perdagangan dalam Nusantara perlu diperkukuhkan bagi melahirkan Nusantara sebagai satu entiti ekonomi yang berstruktur serta menawarkan setiap zon peranan yang perlu digembleng.

Sebagai contoh, menempatkan perusahaan-perusahaan automobil di sebuah petempatan industri terancang di Nusa Papua dapat memberikan peluang pekerjaan, ilmu serta ruang pembangunan ke wilayah Papua dan menggalakkan penghijrahan bijak pandai ke tanah cenderawasih ini.

Hasilnya, produk yang lebih murah kerana bayaran upah yang bersesuaian dengan keperluan penduduk di sana yang bekerja di kawasan perindustrian ini dapat membolehkan kenderaan di zon-zon bertaraf hidup tinggi dijual dengan harga yang rendah.

Itu sekadar contoh perusahaan yang mungkin. Bagaimana pula dengan perusahaan semi konduktor dalam pembuatan komputer? Dengan hasil emas sebagai hasil bumi Papua, industri ini mampu berkembang dengan baik dan ini akan memberikan harapan pembangunan yang baik bagi wilayah tersebut.

Nusa Papua hanyalah sekadar contoh. Jika tenaga kerja, fasiliti serta kesesuaian boleh didapati di zon lain, maka mengapa tidak ianya dibangunkan ditempat-tempat tersebut seperti di Nusa Tenggara atau Maluku.

Pergerakan dagangan dalam Kesatuan Nusantara mampu mencipta impak yang besar ke atas ekonomi janaan dalaman dengan menumpukan kepada rahsia negara China membentuk entiti ekonominya yang tersendiri sehingga tidak terjejas negara tersebut andai berlaku krisis ekonomi yang timbul akibat kecelaruan sistem kapitalis yang berpaksikan kuasa-kuasa ekonomi Barat.

Dengan memindahkan kilang-kilang ke wilayah kurang membangun, pembangunan ke atas wilayah tersebut dapat dirangka melalui pendapatan yang diperoleh oleh panitia zon yang menjadi penaja kepada pembangunan industri di kawasan tersebut berpandukan perencanaan Majlis Mesyuarat Nusantara.

Pengikut Gus Dur Dalang Ketegangan?

Siapa sangka, andainya pertikaian segelintir rakyat Indonesia ke atas negara Malaysia yang mengganggu Nusantara itu didalangi oleh "cawangan" Anwar Ibrahim di Indonesia, yakni pemimpin NU, Gus Dur.

Gus Dur banyak diberitakan di Malaysia sebagai penjunjung Islam liberal yang turut diperjuangkan Anwar Ibrahim.

Pengikut Nahdlatul Ulama pula bukanlah sedikit. Jika pemimpinnya mampu menarik picu, nescaya para pengikut mereka akan melakukan dengan taksub.

Saling kait antara Anwar Ibrahim dan Gus Dur banyak telah tergambar di blog-blog di Malaysia sebelum ini dan terdapat bukti-bukti Gus Dur menerma anugerah kehormat tajaan gerakan Yahudi.

Sama ada mereka adalah para Iluminati atau apa jua yang berkait dengannya, Kebarangkalian bahawa kekacauan seperti "sweep Malaysia" yang dilakukan tentunya di dalang oleh pihak tertentu yang mahu memperolehi kepentingan politik walaupun terpaksa melangkaui sempadan antarabangsa.

Ada juga diceritakan tentang Gus Dur kononnya buta sebelah matanya kerana bersujud mensyukuri bumi Israel. Tidak kurang pula cerita tentang dakwaan pemimpin wanita bawahan Gus Dur membuat ucapan di luar negara dengan menyebut homoseks dibenarkan Islam.

Jika pihak perisik dapat merungkai persoalan ini maka mudahlah sentimen masyarakat "pak turut" dipulihkan dan di arah ke perkara lain yang lebih penting.

Sebarang taktik mengaut keuntungan politik dengan memperjudikan kestabilan rantau Nusantara sepatutnya dikutuk dan seharusnya masyarakat umum tidak mudah emosi dengan sogokan propaganda.

Presiden Indonesia Bersuara Berhubung Tindakan Keterlaluan Rakyatnya

Jumaat, September 11, 2009

'Sweeping' rakyat Malaysia akan timbulkan masalah baru - Susilo

JAKARTA: Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono mengingatkan rakyatnya bahawa tindakan kekerasan 'menyapu bersih' rakyat Malaysia di sini tidak akan menyelesaikan masalah, malah sebaliknya akan menimbulkan masalah baru.

Beliau berkata terdapat 1.8 juta rakyat Indonesia yang sedang mencari rezeki dan belajar di Malaysia, yang pasti akan berada dalam kebimbangan sekarang berikutan reaksi berlebihan segelintir rakyat Indonesia menimbulkan sengketa budaya dengan Malaysia.

"Saya menerima SMS dari saudara-saudara kita yang bekerja di Malaysia antara lain bunyinya, 'Pak Presiden tolong masalah yang terjadi dengan Malaysia diselesaikan secara bijak dan arif'," katanya seperti dipetik sebuah laman web berita tempatan, semalam.

Sementara itu, selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinetnya di sini, seperti tersiar dalam laman webnya, Susilo berkata 'sweeping' ke atas rakyat Malaysia adalah tindakan kekerasan dan bertentangan dengan undang-undang, apatah lagi ketika umat Islam, baik rakyat Malaysia mahupun rakyat Indonesia sedang menunaikan ibadah puasa.

Beliau mengulas tindakan segelintir rakyat Indonesia yang menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) melakukan 'sweeping' ke atas rakyat Malaysia di sini dengan keluar ke jalan membawa buluh runcing dan memeriksa tanda pengenalan orang ramai yang melalui Jalan Diponegoro di sini untuk mencari rakyat Malaysia.

Semalam, Malaysia menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan rakyatnya di Indonesia termasuk kira-kira 5,600 pelajar perubatan, kedoktoran dan pergigian di samping ribuan profesional yang bekerja di sini, yang terdedah kepada ancaman golongan itu yang menggunakan slogan 'ganyang Malaysia' dan mengakui mempunyai ilmu kebal.

Pada masa yang sama, kerajaan Malaysia memberi jaminan akan memastikan keselamatan rakyat Indonesia yang berada di Malaysia dan menjamin rakyat Malaysia tidak akan bertindak balas terhadap tindakan keras yang dilakukan di sini seperti membakar bendera Malaysia dan membaling telur busuk ke kedutaan Malaysia.

Perlu diketahui bahawa banyak rakyat Indonesia sendiri, yang dipantau melalui ulasan-ulasan online, turut mengutuk dan mengecam keras ancaman oleh kelompok Bendera itu, yang mereka anggap tidak berakal, cuba mengganggu hubungan dua hala dan didalangi golongan tertentu yang berkepentingan melihat dua negara serumpun berseteru.

Susilo menegaskan bahawa pemerintah Indonesia sudah mengambil langkah mengatasi masalah yang timbul seperti tuduhan Malaysia mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali dan mempromosi Pulau Jemur di Riau, melalui saluran diplomatik dan Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) kedua-dua negara.

"Sebagai negara tetangga dekat dan sebagai bangsa satu rumpun, memang kerap ada masalah-masalah yang terjadi di antara kita dengan Malaysia, tetapi hubungan baik harus tetap terjaga," katanya dalam laman web presiden.

Susilo berkata masalah lazimnya wujud dari semasa ke semasa, bahkan telah berlaku sejak sekian lama dalam sejarah bangsa serumpun kerana Indonesia dan Malaysia bukan saja dekat malah sentiasa berinteraksi berbanding dengan negara-negara di benua lain yang jarang bertemu dan berinteraksi sehingga tidak terjadi masalah.

"Justeru kalau kita dengan negara di Eropah Barat atau Amerika Latin atau selatan Afrika, tidak pernah ada masalah yang mengganggu kerana jarang bertemu, jarang berinteraksi. Tetapi bangsa Indonesia dengan Malaysia itu sudah terjadi sejak dahulu kala, bahkan sebelum kedua-dua negara ini menjadi negara yang merdeka dan berdaulat," katanya.

Punca ketegangan terbaru ini ialah tuduhan kononnya Malaysia mencuri tarian Pendet untuk promosi pelancongannya, yang kemudiannya terbukti tidak benar kerana klip video promosi itu dibuat oleh syarikat swasta berpejabat di Singapura yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan Malaysia.

Semalam beberapa cendekiawan tempatan menggesa media massa tempatan lebih berhati-hati dalam melemparkan tuduhan, dan penulisan serta penyiaran hendaklah berdasarkan fakta yang sudah dipastikan tepat, betul dan benar.

Duta Besar Indonesia di Malaysia Da'i Bahtiar malah mengakui malu kerana semua tuduhan yang diapi-apikan oleh media massa yang telah membakar semangat segelintir rakyat untuk bertindak membenci Malaysia akhirnya terbukti salah dan tidak berasas. - BERNAMA

Aspirasi NUSANTARA

NUSANTARA merupakan singkatan bagi Nations Under Special Associational Necessity Towards Acheiving Regional Aspiration atau dalam Bahasa Nusantara bermaksud : Negara-Negara Di Bawah Keperluan Tertentu Untuk Bersatu Ke Arah Mencapai Aspirasi Serantau. Ianya amat diperlukan dalam konteks-konteks berikut :

1. Menyelamatkan rantau Nusantara daripada menjadi mangsa kapitalis di era globalisasi.

2. Memastikan kekayaan Asia Tenggara dimanfaatkan untuk kesejahteraan 280.4 juta warganya.

3. Memastikan pemahaman total wujud di kalangan penduduk Nusantara berhubung sejarah mereka sendiri.

4. Membantu permasalahan rakyat Nusantara yang tanah mereka berada di dalam negara-negara bukan Nusantara.

5. Memastikan kerjasama bagi kemajuan ekonomi, pendidikan, teknologi, kebudayaan, media, persuratan dan pelancongan wujud dengan saksama.

6. Memastikan pecah belah akibat salah faham dan adu domba dapat dihentikan secara berperingkat.


Warga NUSANTARA merangkumi :

1. Keseluruhan penduduk Indonesia yang bejumlah 240.3 juta orang.

2. Keseluruhan penduduk Malaysia yang berjumlah 27.2 juta orang.

3. Keseluruhan penduduk Kepulauan Sulu dan Mindanao di dalam Filipina yang berjumlah 4.9 juta orang

4. Keseluruhan penduduk Singapura yang berjumlah 4.6 juta orang.

5. Keseluruhan penduduk Wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan Satun di Thailand yang berjumlah 3.0 juta orang

6. Keseluruhan penduduk Timor Leste yang berjumlah 1.3 juta orang

7. Keseluruhan penduduk Brunei Darussalam yang berjumlah 0.4 juta orang.

Perlu diingatkan, usaha ini bukanlah sama dengan gerakan berhaluan kiri tajaan pemimpin Sukarno di Malaysia melalui kesedaran kebangkitan belia yang pernah berlaku di Semenanjung pada tahun 1930an. Usaha ini dilihat lebih kepada menzahirkan sebuah penyatuan yang melangkaui batas sempadan dan perlembagaan yang berbeza.

10 September 2009

Sentimen Membenci Indonesia Meningkat Di Malaysia

Buat pertama kali sejak selepas konfrontasi tajaan Sukarno, rakyat Malaysia mulai merasa bahawa sikap berdiam diri dan malas ambil pusing mereka sebelum ini sebenarnya tidak dihargai rakyat Indonesia terutamanya keturunan Jawa.

Setelah kekal bersikap neutral, sentimen kebencian terhadap orang-orang Indonesia semakin hari semakin bertambah di Malaysia sejak isu-isu mengecam Malaysia semakin meluwap-luwap di pulau Jawa.

Rata-rata rakyat Malaysia tidak menyangka bahawa krisis tersebut dipandang secara sangat sempit dan dangkal dan seolah-olah ingin membunuh jati diri saudara mara mereka yang menegakkan negara Malaysia.

" Apakah kerana kami ini Jawa yang tidak berada di Pulau Jawa, kami tidak boleh membudayakan tarian kuda kepang? Bagaimana pula Cina Malaysia yang tidak tinggal di China? Mengapa mereka tidak dikecam oleh Cina di Tanah Besar China kerana mengamalkan Tarian Singa dan Naga di sini? " - Syahira Jamil, 21 , pelajar.

" Kami yakin, rakyat Indonesia yang sangat membenci Malaysia itu adalah tenaga kerja Indonesia yang masuk secara haram dan di usir keluar beberapa ketika dahulu. " - Jaafar Mustar , 29 , pegawai bank.

" Dulu kami tak tahu pun sentimen membenci Malaysia sampai ke tahap itu, mulai sekarang, pandangan saya terhadap rakyat Indonesia berubah seratus peratus. Saya akan menamatkan perkhidmatan pembantu rumah Indonesia kami. lagipun pembantu rumah kami sangat bermasalah. Kami yang terpaksa bersabar. " - Zurina, 41 , peniaga.

" Kalau saya tahu orang Indonesia tergamak bertindak demikian terhadap Malaysia di sana, sudah pasti saya juga tergamak untuk membakar terus kedutaan Indonesia. Tetapi saya rasa, orang Malaysia ada disiplin dan lebih rasional dan saya sendiri tak punya masa untuk benda-benda ini kerana dalam hidup ini, banyak perkara penting perlu diutamakan untuk hidup senang di masa depan. " - Johari Hamid, 19, pelajar.

Bukan itu sahaja, semakin hari semakin ramai suara penentang Indonesia berkumandang di blog-blog termasuk di akhbar-akhbar meminta agar hasil karsa seni artis dan syarikat produksi Indonesia dibuang terus dari pasaran negara ini.

Malah, ada yang menganggap bahawa sia-sia sahaja mereka memberi berjuta-juta tenaga kerja Indonesia wang untuk di bawa pulang dan mereka mula melihat kepada tenaga kerja luar Nusantara seperti dari Pakistan dan Bangladesh.

Bukankah ianya langkah ke belakang dalam kita melengkapi keperluan NUSANTARA? Jawapannya ada pada rakyat Indonesia sendiri apabila mereka sendiri tidak melakukan apa-apa terhadap tindakan luar batasan ekspresi demokrasi seperti ini, malah mereka berasa seronok dengan kerugian yang bakal mereka hadapi.

Keluhan Pejuang Patani Di Blog

Sejak mutakhir ini pihak penjajah Thai dengan bantuan kuncu-kuncu Melayu telah mempergiatkan agenda menghancurkan akhlak dan budaya umat Islam/Melayu Patani. Sudah sering kali di atas alasan seminar dan pelbagai dalih lagi , mereka membawa para isteri ulama-ulama ke Bangkok dan ada sampai mengadakan lawatan ke Laos. Mereka ditempatkan di Hotel lima bintang dan diberi makanan yang tak tau asal usul di hotel-hotel tersebut.

Pegawai-pegawai yang melayani para isteri-isteri ini terdiri dari pemuda-pemuda kacak yang terlatih untuk menggoda perempuan. Begitu juga dengan anak-anak muda perempuan dikampung-kampung. Mereka sentiasa di goda oleh tentera Thai yang kacak-kacak. Kebanyakan mereka terjebak dengan maksiat sehingga mengandung anak haram.

Dari segi kebudayaan pula mereka menggunakan berbagai taktik dengan memperalatkan ulama-ulama jahat. Baru-baru ini Maahad pengajian Islam Teluban ( Islam Saiburi Witya) dibawah pimpinan Nik dir Waba atau Paksu Dir telah mengadakan majlis pertandingan pakaian cantik dan pertandingan menari bagi pelajar-pelajar perempuan. Ibubapa pelajar yang terlibat diberi sagu hati wang!!! Sekolah ini telah dipilih sebagai sekolah contoh oleh penjajah Thai dan sering mendapat peruntukan kewangan yang banyak setiap tahun. Mereka juga memberi bantuan yang besar kapada mana-mana sekolah yang akur dengan Program penjajah. Kebanyakan sekolah-sekolah ini dimiliki oleh puak-puak Wahabi.

Golongan Wahabi dan Kuncu-kuncu Nik Dir Waba lah yang paling kuat mengeluarkan fatwa bahawa jihad di Patani sekarang ini tidak syarii dan haram di sokongi. Jika mati dalam menentang penjajah Thai maka mereka mati sebagai mati katak!!! Mereka ini menentang kononya perjuangan sekarang ini Assobiah Nasionalisma dan zalim membunuh orang-orang tak berdosa. Mereka ini lah wabak selsema babi yang sebenar. Mereka lebih bahaya dari Tentera Siam dan Selsema Babi.

Merekalah golongan yang digelar oleh penjajah Thai sebagai Thai Musilim. Dan mereka bangga dengan gelaran tersebut. Kalau tidak takkan mereka marah bila pejuang-pejuang mengaku mempertahan kan Bangsa Melayu sebagai salah satu wadah perjuangan. Mungkin mereka malu kerana pihak penjajah Thai menggelar bangsa melayu sebagai EKEK atau orang asing.

Mungkin golongan ini menyokong di atas apa yang di lakukan oleh Tentera Thai terhadap anak-anak perempuan kita. Sehingga ini tidak ada satu bantahan dan ingatan dari ulama-ulama mereka kapada ummah terhadap issu ini. Rekod kahwin terpaksa dintara Siam-Melayu ada tercatat di tiap-tiap Majlis Ugama Islam Wilayah-wilayah tertentu.

Di medan perjuangan pula beberapa pemimpin partai-partai tertentu(yang sudah tak ada rakyat) sedang sibuk mengumpul ‘team’ untuk memulakan dialogue dengan pentadbiran Abhisit. Mereka ini demi kepentingan peribadi nampaknya tidak peka langsung dengan perjuangan yang di hadapi oleh rakyat Patani. Termakan dengan pujukan Negara Asean,OIC dan NGO Scandinavia dan EU, mereka nampak begitu ghairah dengan usaha –usaha damai Autonomi. Adalah perlu diingatkan, mereka boleh meneruskan dengan agenda yang mereka yakini. Tapi jangan cuba memujuk partai-partai dan individu yang tidak minat untuk ikut serta . Teruskan lah dengan rancangan yang telah di atur. Jangan cuba mula kan perpecahan dikalangan pejuang-pejuang. Jangan memulakan fitnah-fitnah yang sering di lakukan masa dahulu. Kekalkan setiakawan diantara kita sesama orang Patani baik yang berada di Malaysia ,Saudi atau Eropah.

Kita bimbang mereka-mereka yang terlalu ghairah ini sudah diupah oleh orang-orang atau kuasa tertentu untuk memujuk semua pihak yang ada!!! Kalau dilihat cara mereka bergerak ke sana ke mari dan sentiasa tinggal di hotel-hotel lima bintang seolah –olah bertaraf Menteri amat di ragui.

Percayalah saudara-saudara, walau apa yang di janjikan oleh penjajah Thai terhadap Asean mereka tidak berminat untuk duduk semeja dengan kita dan mengadakan perjanjian. Selagi pihak tentera masih berkuasa di Patani usah di harapkan orang –orang politik Thai boleh menguasai suasana. Mereka sentiasa di halang oleh tentera Thai. Sejak dua minggu ini apabila kuat khabar angin mengatakan pihak pejuang sudah bersetuju untuk berunding mereka sengaja menembak orang-orang melayu, supaya timbul keraguan dari pihak perunding-perunding melayu tentang kejujuran Siam.

Jadi daripada membuang masa kearah usaha damai yang rakyat belum bersedia lebih baik kita perkemaskan Saf, perbanyak pejuang-pejuang dan senjata bagi menentang penjajah secara bersungguh-sungguh.

Tentang perjuangan Mujahidin Patani tidak diragui lagi sebagi satu Jihad fi Sabilillah. Kemerdekaan dan Bangsa adalah wasilah-wasilah yang dipilih dan di fikir sesuai untuk masa ini. Slogan Patanikini ialah ‘Mempertahankan Hak Melayu dan Ketuanan Islam’ bukan sebaliknya. Jihad fi sabilillah adalah bulat hati berharap dan yakin pada Allah swt, baru jadi jihad yang sebenar.Tentang tuduhan perjuangan ini Assobiah Nasionalisma adalah alasan bagi golongan yang menolak Jihad menegakkan Islam dibumi Patani. Dan juga alas an bagi orang-orang yang dulunya Melayu tapi sudah sesat identiti sekarang mengaku Thai Muslim. Mereka-mereka lebih rela mempertahankan Samanachan dan Raja Siam Budhha dari bersama-sama Mujahidin Patani.

Pejuang Patani tidak pernah membunuh rakyat sendiri yang tidak berdosa.Kami hanya membunuh tentera Thai dan talibarutnya yang benar-benar di kenal pasti.Kadang-kadang Tentera Siam membunuh orang-orang melayu dan menuduh kami melakukannya dengan fitnah yang sengaja di ada-adakan.

Orang Islam juga disogokkan dengan asakan Demokrasi.Bekas Ketua turus Tentera Thai ,SONTHI BONYARATGLIN telah menubuhkan partai baru yang berasaskan Islam.Nama partai ialah MATUBHUM. Ianya satu lagi cara bagi melekakan umat Islam melayu supaya leka dengan agenda penjajahThai.

Jangan lupa sejak lima tahun yang lalu lebih US$ 25 billion hasil minyak dan gas kita telah di faraid kan antara Malaysia Dan Thailand. Takkan mereka akan membiarkan dengan mudah hasil pendapatan mereka di rampas!!!!

Dengan itu umat Islam/Melayu hendaklah menfokuskan perjuangan kita membebaskan tanah air dari penjajahan Thai Budhha. Janganlah terperangkap dengan apa-apa agenda yang mereka lempar. Mereka sering memperalatkan Thai muslim yang asalnya Melayu bagi melengah-lengahkan Jihad kita.

هُوَ ٱلَّذِىٓ أَرۡسَلَ رَسُولَهُ ۥ بِٱلۡهُدَىٰ وَدِينِ ٱلۡحَقِّ لِيُظۡهِرَهُ ۥ عَلَى ٱلدِّينِ ڪُلِّهِۦ وَلَوۡ ڪَرِهَ ٱلۡمُشۡرِكُونَ

Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. Taubah 33

Pembunuhan Kejam Di Dalam Masjid Kampung Air Tempayan, Narathiwat, awal tahun ini.

Dipetik dari
Patani Kini

Nusantara Perlu Tangani Gerakan Free West Papua

Indonesia seharusnya memberikan penerangan yang jelas berhubung langkah yang diambil olehnya dalam mengekang aktiviti pemisah yang menggelar diri mereka Gerakan Kemerdekaan Papua Barat. Berikut temubual oleh West Papua News yang disiarkan di web Free West Papua(Terjemahan)

WPNews : Selamat pagi En. Yogum. Bolehkah anda ceritakan tentang situasi di Bogolame?
Yugum Tabuni : terima kasih banyak-banyak. Situasi di Bogolame hari ini ialah, orang-orang kami semuanya menyorok dalam hutan, kebanyakannya kanak-kanak, wanita dan orang tua kerana pihak tentera Indonesia membakar kampung kami.

WPNews : Boleh ceritakan berapa banyak rumah yang dibakar tentera Indonesia?
Yugum: Perlu saya maklumkan, 25 rumah dibakar dan 5 ekor babi ternakan kami dibunuh tentera Indonesia.

WPNes : Seberapa pentingnya rumah-rumah dan babi-babi-babi itu?

Yugum : Seperti yang kamu tahu, kami orang Papua menganggap rumah dan babi adalah sebahagian dari hidup kami. Nilai babi sangat penting kerana kami tidak punya apa harta yang lebih bernilai dari ternakan-ternakan babi ini.

WPNews: Boleh beritahu kami berapa ramaikah yang telah dibunuh tentera Indonesia?
Yugum : Sehingga kini, masih ramai yang menyorok dalam hutan dan sukar untuk mengenalpasti jumlahnya kerana tentera masih melakukan rondaan. Tetapi bukti dari peluru-peluru tentera banyak yang kamu temui. Sukar untuk mengetahui angka sebenar kerana sekatan-sekatan jalanraya dan kekangan dari pihak tentera Indonesia.

WPNews : Bagaimanakah mereka yang melarikan diri dalam hutan itu terus hidup terutamanya ia membabitkan orang tua, kanak-kanak dan wanita-wanita.
Yugum: Kami perlukan bantuan kerna tiada makanan, ubat-ubatan dan kebun-kebun kami telah dimusnahkan oleh tentera. Kami tak boleh pulang lagi.

WPNews: Apa yang anda harapkan dari masyarakat antarabangsa.
Yugum: Kami cuma mahu merdeka dari Indonesia. Jika kami masih bersama Indonesia mereka akan musnahkan tanaman kami hingga kami semua kebulur. Beritahu mereka di Eropa, UK, USA, Australia dan Pasifik yang kami perlu bantuan untuk menekan Indonesia agar memberhentikan operasi ketenteraan mereka di Bogolame dan Tinginambut. Ini adalah mesej saya kepada mereka untuk memberitahu yang kami perlukan bantuan.

WPNes : Terima kasih kerana meluangkan masa anda En. Yugum.


Dari perbualan tersebut, ternyata West Papua atau dalam panggilan Nusantaranya Irian Jaya, telah digambarkan sedang berusaha memperoleh kemerdekaan dari Indonesia.

Adakah pola susunan pembangunan yang berkecamuk serta tidak menyeluruh telah mengakibatkan situasi ini menyubur di Irian Jaya? West Papua yang dipimpin Benny Wenda (gambar di atas) merupakan isu-isu yang tersimpan untuk diperhangatkan oleh Barat seandainya Indonesia lalai seperti ini.

Keberhasilan Timor Timur merdeka dari Indonesia pada tahun 1999 merupakan sokongan moral bagi gerakan ini hari ini.

Perlu diingat bahawa pulau New Guinea terletak di atas pelantar yang sama dengan Australia. Sebarang kesilapan pihak Indonesia dalam perkara teknikal berhubung perkara ini bakal mengakibatkan Nusantara kehilangan Irian Jaya.

Krakatau Buka Pintu Orang Jawa & Sumatra Ke Semenanjung

Menurut seorang warga emas yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor, Karjono Warjo, 91, beliau diceritakan kisah perjalanan bapanya berhijrah dari pulau Jawa ke Semenanjung Tanah Melayu pada hujung abad ke 19 adalah kerana kemusnahan kampung halamannya di pinggir laut akibat tsunami selepas berlaku letusan Krakatoa pada Ogos 1883.

Kesukaran untuk mendapatkan kawasan baru akibat kehilangan saudara mara terdekat di tanah Jawa membuatkan berpuluh-puluh ribu penduduk pulau Jawa dan Sumatra berhijrah dan membuka tanah-tanah pertanian di Johor dan Selangor yang terletak di Pantai Barat Semenanjung pada ketika itu, selain menjadi pekerja-pekerja lombong bijih.

Ianya merupakan gelombang penghijrahan terbesar selepas penghijrahan perlahan-lahan berlaku setiap masa sejak berakhirnya naungan Aceh di Semenanjung akibat ancaman Belanda.

British pada ketika itu menganggap orang Jawa dan Sumatra Barat adalah penduduk asal Nusantara dan mereka tidak dikira sebagai penghijrah yang tertakluk dibawah pencukaian tenaga buruh import dari China dan India yang turut pada ketika itu, dibawa masuk secara besar-besaran.

Menurutnya, kemasukan orang Jawa ke Semenanjung pada ketika itu dialu-alukan oleh aktivis British yang bersimpati terhadap pribumi Nusantara yang pasti terjejas setelah kemasukan pendatang China dan India melampaui norma perubahan demografi British Malaya pada ketika itu.

Krakatoa yang merupakan ketakutan terbesar rantau ini pada ketika itu membantu berlakunya diaspora besar-besaran penduduk Sumatra dan Jawa ke merata kawasan sekitar Nusantara. Tumpuan paling utama sudah tentulah Tanah Semenanjung yang sentiasa hidup dengan aktiviti perlombongan, perniagaan dan tanaman makanan.

Krakatoa juga dilihat menjadi penyebab simpati penjajah Semenanjung pada ketika itu untuk menutup mata pada penghijrahan gelombang kedua secara besar-besaran orang-orang Sumatra dan Jawa ke Semenanjung yang sebelum itu berlaku akibat kesan-kesan bencana seperti letusan Tambora 1815.

Untuk rekod, etnik Nusantara terawal yang menduduki Semenanjung secara hijrahan diaspora adalah penduduk Rokan-Langkat-Kampar yang kini di dalam wilayah Riau-Sumatra, diikuti Aceh, Minang, Mendailing, Batak dan Rawa dari Sumatra dan kemudiannya oleh Bugis, Banjar dan Jawa.

Kebanyakan Pengganas Menuntut Ilmu Di Mindanao

VIVAnews, 3 September 2009

JAKARTA - Berbeza dengan pengebom yang mensasarkan para pemuda yang labil, gerakan merekrut anggota jaringan pengganas lebih selektif telah dilakukan.

"Rata-rata mereka sudah disekolahkan di Filipina," kata Ketua Polis Indonesia, Jenderal Bambang Hendarso Danuri di Gedung Dewan, Senayan, Jakarta, pada hari Khamis 3 September 2009.

Para senior biasanya pernah mendapat latihan dari Afganistan, kemudian ke Mindanao di Filipina Selatan. "Terus ke sini [Indonesia] untuk melakukan rekrutmen berikutnya," tambah Bambang Hendarso.

Beliau berharap dengan adanya pengolahan Undang-Undang anti-Pengganas, pihak polis dapat mengawasi aktiviti ini. "Ada tindakan preventif dan rehabilitas, ada kewenangan juga dari instansi lain," tambahnya.

Sebelum itu, Kepala Unit Cybercrime, Badan Reserse dan Kriminal Polri, Komisaris Besar Petrus Reinhard Golose menyebut bahawa pengambilan kelompok radikal selalunya dilakukan dengan berbagai cara.

Misalnya, "buku pemahaman jihad yang salah, majalah yang harganya nggak seberapa tapi bisa beredar terus, dana dari mana?," kata Petrus dalam pelancaran bukunya 'Deradikalisasi Teroris' Auditorium Bumiputera, Gedung F Fisip Universitas Indonesia, Depok, Jawa Barat, pada hari Khamis 20 Agustus 2009.

Atau boleh juga dari para sahabat handai. "Paling banyak melalui hubungan kekeluargaan, pernikahan," tambah Petrus.

Misalnya keluarga penjual bunga Hotel Ritz Carlton, Ibrohim @ Boim yang terbunuh dalam gempuran di Desa Beji, Kecamatan Kedu, Temanggung, Jawa Tengah. Ibrohim diketahui bersaudara dengan dua suspek lagi iaitu, Saefudin Jaelani @ Syaifudin Zuhri dan M Syahrir @ Aing.

"Seperti Zuhri, Ibrohim, dan Syahrir, mereka ipar-iparan. Itu keluarga inti," tambahnya. Selain keluarga Ibrohim, mereka yang terlibat dengan pengeboman di Bali dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan. Mukhlas, Amrozi, dan Ali Imron adalah adik beradik.

Selain keluarga, Petrus menyatakan bahawa universiti juga bisa menjadi platform kegiatan radikal. "Melalui cover kegiatan keagamaan, ternyata banyak arah yang berbeda dari arti jihad [yang sebenarnya]," tambahnya.

09 September 2009

Melayu Malaysia Mangsa Amarah Rakyat Indonesia

Walaupun berlaku tunjuk perasaan yang menyinggung penduduk Malaysia serta kata-kata kesat yang membangkitkan kemarahan, rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu dilihat lebih bersabar dalam memberikan reaksi.

Ketidakfahaman tentang polarisasi penduduk negara Malaysia oleh segelintir penduduk Indonesia turut menjadi alasan mengapa isu ini dipandang sepi oleh orang Melayu di Malaysia.

Ayat sesetengah rakyat Indonesia yang berbunyi " kalian orang islam tidak seharusnya melakukan orang lain seperti hewan " adalah antara bukti yang disebut oleh beberapa rakyat Malaysia apabila menilai tentang pemahaman rakyat Indonesia tentang Malaysia itu sendiri.

Orang-orang Malaysia ini berpegang pada hujah bahawa orang Indonesia banyak yang tidak tahu bahawa penderaan atas pembantu rumah tenaga kerja Indonesia (TKI) semuanya adalah kes yang melibatkan majikan Cina yang kebanyakannya beragama Kristian, Buddha dan atheist.

Isu-isu tersebut hakikatnya mendapat simpati dan prihatin yang tinggi dari rakyat Malaysia yang beragama Islam, agama pegangan 63% penduduk Malaysia.

Malangnya, pada mata rakyat Indonesia, apa yang berlaku adalah perbuatan saudara serumpun mereka. Mereka tidak tahu bahawa negara Malaysia tidak terasimilasi dan kekangan bahasa juga budaya masih berlaku dengan menebal dalam masyarakat Malaysia.

Yang menjadi mangsa adalah rakyat Malaysia beragama Islam dan berketurunan Nusantara kerana mereka terpaksa menyerap kedangkalan sesetengah pihak akibat penerapan ilmu sejarah dan demografi ketetanggaan yang sangat cetek.

Media Indonesia Kemaruk Populariti?

Keperluan rakyat Indonesia terhadap media alternatif yang memikirkan soal sensasi mengakibatkan hubungan Malaysia - Indonesia bergoncang lagi. Setelah sekian lama media di Malaysia berdiam diri, kini muncul aliran untuk balas membalas.

Di Malaysia, media alternatif yang dikira sebagai 'bukan media mutlak pemerintah', turut menjadi tontonan paling popular penduduk pribumi iaitu kaum asal Nusantara tidak kira Melayu, Orang Asli dan semua etnik pribumi Sabah dan Sarawak. Mujur sekali, media alternatif ini tidak memerlukan berita sensasi dengan memainkan sesebuah sentimen kebangsaan hingga menggoncang sesebuah hubungan diplomatik seperti apa yang berlaku di Indonesia.

Indonesia, dengan kuasa tontonan melangkaui puluhan juta merupakan lubuk pengamal media untuk memberi nilai tambah kepada harga sesebuah waktu siaran demi memperolehi keuntungan yang bukan sedikit.

Akibatnya, mereka masih menganggap bahawa kekalutan yang dibawakan mereka hingga berlaku kebencian yang dipertonjolkan oleh pengikut-pengikut berita sensasi mereka adalah perkara terpencil dan mampu ditangani oleh pemerintah.

Tetapi apabila sesuatu yang mereka belum pasti sebelum ini menjadi besar, mereka tergamam dan mengambil langkah membiarkan isu tersebut ditelan masa, sebelum peluang-peluang seterusnya di masa hadapan digunakan semula bagi menarik tontonan umum.

Kekalutan yang digambarkan oleh penduduk Malaysia sebagai 'kejahilan' dan dilihat oleh sebahagian penduduk kepulauan Jawa sebagai 'tunjuk berani' tidak membawa keuntungan kepada sesiapa. Masalah hanya akan timbul apabila sejarah Nusantara semakin tidak difahami oleh salah satu dari kedua-dua pihak.

Akibatnya, demonstrasi kecil-kecilan tajaan pihak-pihak tertentu akan merebak dengan besar akibat salahtafsir yang akhirnya sukar diperbetulkan. Apabila ini berlaku, tidak guna bagi media untuk memperbaikinya tanpa panduan dan tatacara operasi yang diberi oleh pemerintah.

Akhirnya, untuk keuntungan yang sekejap, pengamal media yang tidak berintegriti di Indonesia akan kehilangan kebebasan yang selama ini mereka telah salahgunakan.

Bahasa Melayu Atau Bahasa Nusantara?

Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Filipina dan Thailand seharusnya mempunyai sebuah badan yang menyelia apa-apa isu berkaitan kebudayaan Nusantara yang dikongsi oleh lima negara secara bersama. Secara fakta, kaum yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai lingua franca, perlu mempunyai pertubuhan sendiri.

Justeru, NUSANTARA merupakan sebuah badan yang amat dialu-alukan kewujudannya bagi menzahirkan sebuah badan yang akan melakukan berbagai rencana persefahaman yang membolehkan kemakmuran dapat diagihkan dikalangan masyarakat serumpun.

Mereka yang mampu berinteraksi sesama mereka dengan menggunakan lingua franca Bahasa Melayu di dunia ini berjumlah 260 juta orang dan ianya menjadi jumlah mereka ini membentuk komuniti kelima tebesar di dunia.

Bahasa Melayu dikenali di Singapura dan Brunei termasuk gelaran tidak rasmi bagi penduduk akar Nusantara di Selatan Thailand, Kepulauan Jolo dan Mindanao di Filipina TETAPI di Indonesia, ia dikenali sebagai Bahasa Indonesia manakala di Malaysia, ia dikenali sebagai Bahasa Malaysia.

Mungkin istilah MELAYU itu sendiri menjadi sensitif di Malaysia mahupun di Indonesia sendiri.

Di Malaysia, penggunaan terma Bahasa Melayu ditentang oleh keturunan asal pendatang luar Nusantara iaitu Cina dan India manakala di Indonesia, Melayu merupakan cabang etnik dalam bangsa asimilasi Indonesia yang tinggal di wilayah urba Jambi dan Kepulauan Riau dan tidak menggambarkan seluruh kepulauan Indonesia.

Justeru, NUSANTARA juga seharusnya ditubuhkan untuk diperjuangkan untuk dijadikan terminologi yang sesuai bagi menggantikan penggunaan "BAHASA MELAYU" bagi gambaran lingua franca manyarakat Kepulauan Hindia Timur.

Nusantara Berjaya

Selamatlah oh Nusantara
Negaraku ibu pertiwi

Sesungguhnya maha berjaya
Karunia dari Ilahi

Nusantara gagah perkasa
Negaraku indah murni

Sesungguhnya oh Nusantara
Karunia dari Ilahi