Blog ini mula beroperasi pada hari Rabu 09.09.09. Nations Under Special Associational Necessity Towards Achieving Regional Aspiration bermaksud Negara-Negara Di Bawah Keperluan Untuk Bersatu Ke Arah Mencapai Aspirasi Serantau. Ia bertanggungjawab menyatukan bangsa-bangsa Melayu mengikut terma antropologi dari negara-negara yang berasingan di Kepulauan Hindia Timur yakni Kepulauan Nusantara. Blog ini merupakan salah satu suara aspirasi yang diketengahkan melalui medium Bahasa Nusantara versi Malaysia

07 Oktober 2009

Kajian Kediaman Kalis Gempa Belum Ada?

Mekanisma pembangunan semula kawasan gempa hanyalah sia-sia tanpa kajian menyeluruh bagaimana sesuatu premis kediaman boleh didirikan dalam keadaan yang selamat dan tidak menjadi 'pembunuh ciptaan manusia' yang bertindak ketika bumi bergegar bagi melestarikan fitrah penciptaannya.

Kediaman bagi kawasan gempa, di mana pada ketika ini, gempa paling kuat yang mungkin berlaku adalah 9.5 pada skala Richter dengan kedalaman 10km, mungkin boleh dibina dan logik untuk terus tegak berdiri walaupun binaan tersebut terletak betul-betul di atas pusat kegagalan plat tektonik.

Mengapakah sehingga hari ini, Asia Tenggara yang kaya dengan hasil getah, masih belum memanfaatkan getah dalam pembinaan rumah-rumah kediaman yang selamat?

Contohnya asas hampar yang dilapisi bebola getah mampu membuatkan struktur bergerak ketika gempa dan ini akan membuatkan kegagalan binaan dapat dielakkan. Ruang untuk pergerakan bangunan mengakibatkan keruntuhan juga dapat dielakkan dengan menggunakan rivet yang menyambung setiap sisi vertikal konkrit pra-tegasan yang menjadi dinding-dinding dalam bangunan kediaman tersebut.

Itu sekadar contoh kejuruteraan pembinaan domestik yang belum pernah dibangunkan di rantau ini biarpun gempa bumi telah berkali-kali meluluhlantakkan kediaman dan memakan korban.

01 Oktober 2009

Sumatera Akan Bergegar Lebih Kerap?

Kedudukan penempatan manusia di sepanjang pantai barat Sumatera pada masa depan adalah sesuatu yang mustahil untuk dizahirkan dengan teknologi yang ada hari ini.

Ini kerana, pada masa depan, pemanasan suhu global akan menambah beban kapasiti lantai laut untuk menerima tekanan berlebihan.

Ini akan membuatkan tekanan mendatar bertambah dan ini membuatkan rabung-rabung tengah lautan yang bersifat mengembangkan plat-plat bumi menjalankan aktivitinya dengan lebih kerap.

Akibat dari ini, kekerapan pembetulan plat tektonik pada pinggir subduction zone berlaku dengan cepat. Pada subduction zone ini, hanya Padang yang masih berdiri sebagai sebuah kota dan lebih merunsingkan, kota di ambang bahaya.

Walaupun impak terperosok (subducted) akibat pengembangan lantai luatan ini meliputi semua jurang-jurang lautan, Padang merupakan petempatan bertamadun paling dekat untuk hentaman sisi menunjukkan kuasanya. Padang hakikatnya berdiri di atas zon penyerap beban Lautan Hindi yang gigantik.


Bukan sahaja pembetulan tektonik gelincir sahaja yang menjadi igauan buruk Sumatera. Zon sesaran ditengah-tengah Sumatera itu belum lagi memperbetulkan kedudukannya sehingga hari ini. Lihat gambar di bawah. Anak panah biru menunjukkan kawasan pembentukan muka bumi bertebing tinggi dan anak panah hijau menunjukkan arah ricihan. Tanpa gempa bumi ricihan tersebut, zon ini masih menyimpan tenaga yang belum dilepaskan.


Sesaran inilah yang membentuk ngarai-ngarai dan tebing-tebing tinggi di Banjaran Barisan.

Hakikatnya, Malaysia perlu juga mengambil langkah peka terhadap ancaman gempa bumi berpusat di Semenanjung. Sehingga kini, belum ada kepastian bahawa di dasar semenanjung, tiada pembetulan mampatan atau ricihan yang menggegarkan pemukaan akan berlaku.

Mungkin, kitaran tenaga terpendam di Semenanjung menjangkau ratusan tahun tetapi, umum mengetahui, tiada rekod mengenai gempa bumi di Malaysia sebaik sahaja rekod-rekod alam sekitar diwujudkan, hingga ke hari ini.

Apa mungkin memang wujud satu tenaga terpendam ratusan tahun sedang menanti titik kegagalan untuk bertahan lalu terganjak. Mungkin di Bukit Tinggi yang kerap digegarkan gempa di bawah 3 pada skala Richter.



Fakta ini menjadi sebab yang jelas bahawa standard pembinaan perlu di perbaharui di Malaysia.

Adakah kita sedar bahawa Padang baru sahaja mengalami pembetulan tektonik dengan gempa sekuat 6.5 pada skala Richter beberapa ketika yang lalu.

Ini menunjukkan trend tidak sihat apabila gempabumi menjadi kerap dan pemampatan akan berlaku dengan aktif. Mungkin saat itu, Semenanjung Malaysia akan turut memasuki zon gempa Lingkaran Api Pasifik.

Seharusnya satu kajian yang jitu perlulah dibangunkan oleh cerdik pandai di rantau ini bagi membolehkan manusia berevolusi dengan alam dan tidak hanya berantakan hanya kerana isu-isu yang remeh.

24 September 2009

"INDON" Kini Masuk Dalam Perbendaharaan Kata INDONESIA

Kemarahan rakyat Indonesia atas perkataan "Indon" yang merupakan sebuah perkataan ciptaan TKI di Malaysia dan tidak mempunyai unsur penghinaan merupakan usaha mengklaim perkataan "Indon" itu sebagai milik Indonesia kerana mengikut bahasa Indonesia "Indon" merupakan perkataan hinaan.

Namun, lebih baik Malaysia (khususnya akhbar Inggeris) menghentikan penggunaan INDON sebagai kependekan bagi INDONESIA dan rakyat di Malaysia terutamanya Cina dan India, mengikut jejak orang Melayu Malaysia yang memanggil orang Indonesia mengikut pulau-pulau asal mereka seperti Sumatra, Jawa, Lombok, Kalimantan, Sulawesi, Flores, Madura, Bawean dll.

Usaha ini tidak akan merugikan mana-mana pihak dan jika Indonesia akan ketawa melihat takutnya negara Malaysia ke atas tuntutan ini, ianya bukanlah satu kerugian kerana penghormatan yang diberikan tetap akan menerima ganjaran yang baik.

Kita seharusny faham bahawa jika 10 juta rakyat Indonesia sekalipun yang pernah ke Malaysia dan mengetahui bahawa INDON itu adalah perkataan yang "mulia" kerana melambangkan kesamarataan mereka tidak kira ras apa yang mereka wakili di Indonesia, ianya hanya kurang 5% dari keseluruhan warga Indonesia.

Jadi, tiada siapa dapat memberi penerangan kepada 240 juta tanpa memastikan setiap mereka untuk datang dan mengenali Malaysia.

Jadi, ubahkan sahaja INDON kepada INDO. Mudah bukan?

19 September 2009

Salam Lebaran 1430 Hijrah


Maha Suci ALLAH Penguasa sekian alam.

Batik Memang Asal Jawa

Tindakan UNESCO mengesahkan batik adalah milik Indonesia adalah tepat pada masanya kerana batik Kelantan di Malaysia adalah evolusi dari batik jawa yang telah wujud sejak benang mula dijadikan kain.
Fakta menunjukkan susur galur bangsa Kelantan yang mendiami Patani dan Kelantan adalah dari Pulau Jawa sekitar zaman Langkasuka, iaitu zaman sebelum Islam, 1200 tahun lalu.
Tetapi, seharusnya Indonesia meraikan kepelbagaian batik itu sendiri yang telah tersebar bukan sahaja di Nusantara, malah di serata dunia termasuk India, Filipina dan Jepun.

Malaysia Perlu Jaga Sensitiviti 85% Umat Nusantara

Ketidaksenangan umat Nusantara di sebelah Indonesia berhubung berbagai isu perlu ditangani dengan bijak oleh umat Nusantara di sebelah Malaysia.

Perkara-perkara yang melibatkan kebudayaan dan pelancongan perlu disepakati bagi membolehkan rantau ini bersama menikmati kekayaan budaya yang sememangnya diakui dunia.

Justeru, menteri-menteri yang bertanggungjawab haruslah saling berhubungan dan menubuhkan sebuah komiti ataupun komisi berhubung isu-isu yang boleh mengakibatkan ketidaksenangan mana-mana pihak.

Apa yang telah berlaku dikenalpasti berpunca dari 'missing link' dalam perkara ini antara pihak Malaysia dan Indonesia.

Malaysia kali ini seharusnya menyedari bahawa umat Nusantara itu 85% terdiri dari warga Indonesia. Justeru, perbincangan lebih kerab perlu dibuat dalam suasana keakraban serumpun bagi mengelakkan simbolik-simbolik buluh runcing kembali timbul.

Forum Topix : Menguntai Kekhilafan Forumer Indonesia II

THREAD ASAL

TAJUK : sejarah nyata jawa pernah membantai malaysia
Penghantar : MALON_IRI (15 Sept. 2009)

HEBATNYA MAJAPAHIT yg pernah berkuasa selama beratus
tahun menginjak-injak kepal sultan-sultan malingsia,jutaan malon dibantai waktu itu oleh tentara majapahit yg perkasa....
itulah sebabnya malon dendam and benci terhadap jawa, apalagi BUNG KARNO yg ganteng and pencetus GANYANG MALINGSIA itu juga wong jowo.
and waktu malingsia dihancurkan portugis malon juga memohon pertolongan ke kerajaan demak JAWA INDONESIA whuahahaHAHAHAAA.....

JAWAPAN (POST KE 33)
Pengantar : nusaberjaya (19 Sept 2009)

Perlu diingatkan kepada sang empunya thread, bahawa kerajaan Majapahit tertegak dari tahun 1293 hingga 1500. Semenanjung Malaysia hanya mempunyai sebuah empayar iaitu Melaka yang tertegak dari 1409 hingga 1511.

Sehingga 1511 pun, Melaka mempunyai hubungan diplomatik dengan Majapahit.

Kesultanan Melayu pada masa itu yang lain semuanya berpusat di Sumatera iaitu Aceh - Perlak manakala Patani dan Kedah mempunyai kesultanan sendiri dan tertakluk di bawah Empayar Melaka.

Hanya selepas 1511, barulah kesultanan Melaka terpecah dan membentuk Johor, Perak dan Pahang.

Kesampaian Gajah Mada di Pahang adalah menyinggah di sebuah kawasan-kawasan nelayan yang tertakluk dibawah penguasaan Pattani selepas kejatuhan Melaka.

Kesultanan Aceh menyerang Portugis dan Johor dan mereka tlah berjaya menaungi Semenanjung tidak kurang 100 tahun sehingga Iskandar Muda ditewaskan Belanda pada tahun 1636.

Forum Topix : Menguntai Kekhilafan Forumer Indonesia

THREAD ASAL

TAJUK : MALON=1019 tahun DIJAJAH GA MELAWAN & belum merdeka
Penghantar : DONI, Malang, Indonesia (22 Sept. 2007)

-KERAJAAN SRIWIJAYA(INDONESIA).
-KERAJAAN CHOLA(INDIA).
-KEKAISARAN CHINA.
-KERAJAAN MAJAPAHIT(INDONESIA).
-KERAJAAN SIAM(THAILAND)-SAMPAI SEKARANG.
-KESULTANAN RIAU(INDONESIA).
-KERAJAAN BANJAR(INDONESIA).
-KESULTANAN SULU(FILIPINA).
-KESULTANAN BRUNEI.
-KESULTANAN ACEH(INDONESIA).
-PORTUGIS.
-VOC(BELANDA).
-KING WHITE(SEORANG INGGRIS).
-SINGAPORE.
-INGGRIS-SAMPAI SEKARANG.
-JEPANG.
-INDONESIA-SAMPAI SEKARANG.
sampai sekarang malingsia masih memiliki banyak wilayah yg dipecah2 dan dikuasai oleh bangsa2 lain, tanpa malon and ATM yg lembik mampu berbuat apa2;....
-p.batu putih dijajah singapore, dimana singapore sendiri sukses dimerdekakan oleh inggris/dipecah dari malingsia untuk kaum cina-sampai sekarang.
-natuna,anambas,sebatik,nicoba r,ambalat,....bahkan sempat juga sipadan and ligitan....adalah wilayah koloni melayu inggris yg dikuasai indonesia sejak masa konfrontasi-sampai sekarang.
-brunei, dimerdekakan oleh inggris sendiri and lebih makmur dibanding negara miskin hina bernama "malingsia"-sampai sekarang.
-patani, dikuasai SIAM-sampai sekarang.
-malon sendiripun sekarang masih menjadi comonwealth/anjing inggris...alias belum merdeka....huhuhuuuuu......
-spratley juga lebih dekat semenanjung, tapi kenapa malingsia tak mampu berbuat apa2?!....

sesungguhnya bangsa bodoh malon hanya mampu, menjerit cam banci kepada PBB/inggris cs tuannya memohon bantuan seperti masa konfrontasi.
dasar malon lOSSERRR!!!....pahlawan aja ga punya bukti malon penipu, dan demi menutupi aibnya mereka mengangkat tokoh komik HANGTUAH sebagai pahlawan???...lucunyer kwkekekeke....
....SO, jika dihitung sejak zaman penjajahan sebelum sriwijaya masuk ke malingsia itu artinya malon dijajah selama 1019 TAHUN TANPA PERLAWANAN....and sampai sekarang juga belum MERDEKA.

JAWAPAN BANGSA NUSANTARA (POST KE 26)
Penghantar : Bangsa Nusantara, Pulau Pinang, Malaysia (19 Sept. 2009)

Perlu dijelaskan bahawa sebelum 600 tahun lalu, hanya Kedah, Kelantan, Terengganu dan Pahang yang telah wujud di Malay Peninsula. Kelantan sendiri dikatakan berasal dari Jawa kira-kira 1000 tahun lalu.

Melaka, Perak, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, Selangor, Johor dan Pahang adalah negeri-negeri yang ditubuhkan oleh pendatang-pendatang Sumatera.

Paling akhir ialah pendatang Jawa kira-kira 70 tahun lalu dan paling berjaya ialah Bugis dengan menubuhkan 2 kesultanan (Johor & Selangor).

Di bawah kerajaan-kerajaan Bugis inilah orang-orang Jawa banyak membuka tanah pertanian dan terus menetap di sana.

Orang Jawa, Aceh, Thai, Kedah, Kelantan, Terengganu, Bugis, Rao, Minang, Mendailing, Batak, Banjar, Deli, Bengkulu, Kampar, Rokan, Jambi, dan semua kaum asli Sabah Serawak yang ada di malaysia di kategorikan sebagai BUMIPUTRA kerana keengganan kaum pendatang Cina (masuk 150 tahun lalu ) dan India (masuk 100 tahun lalu ) enggan terasimilasi dengan menubuhkan sekolah sekolah Cina dan menggiatkan kebudayaan Cina dan India di sini.

Perlu diingatkan, pekan ini, menteri dalam negeri malaysia telah meluluskan 17,000 permohonan untuk mendapatkan kewarganegaraan Malaysia di mana 65% merupakan warga asal Indonesia yang secara otomatik menjadi BUMIPUTRA.

Ini kerana, mengikut takrifan BUMIPUTRA itu sendiri, ia bermaksud, suku dan ras yang berasal dari rantau ini.

Segalanya termaktub dalam perlembagaan dan bukannya sesuatu yang mudah dipinda sewenangnya.

Justeru, amatlah penting bagi setiap warga Indonesia untuk sama mengetahui corak kependudukan dan citra isi penduduk negara Malaysia bagi memudahkan sebarang rasa tidak puas hati diluahkan dengan ilmu yang mencukupi.

18 September 2009

Surat : Kematian Nordin Mat Top dan Persepsi Warga Indonesia

Kematian Nordin M Top mungkin adalah penamat kisah momokan pihak tertentu ke atas rakyat Indonesia bagi mencapai solidariti dan menghalakan pemikiran rakyat mereka keluar dari masalah perebutan kuasa pemimpin-pemimpin.
Atau sebenarnya, Nordin M Top itu telah lama mati tetapi bagi melangsiri kisah pembunuhan kaedah mengebom yang menyusul.
Semuanya boleh dipandang ke tepi kini setelah Indonesia mengesahkan, Nordin M Top telah mati. Amatlah malang bagi keluarga Nordin M Top di Malaysia yang berketurunan Jawa itu apabila rakyat Indonesia yang bersifat nasionalis keterlaluan menghukum negara Malaysia dengan tanggapan negatif kerana tidak melaksanakan ISA ke atas keluarga Nordin M Top.
Untuk apa? Apakah salah mereka? Apakah kerana melahirkan manusia seperti Nordin M Top?
Mungkin karena itulah ramai keluarga di Aceh pupus kerana keterlibatan mereka dalam gerakan menentang satu bentuk penjajahan?
-Cucu Melayu Aceh, Butterworth, P. Pinang -

Nasionalis Indonesia Melambatkan Kemajuan

Umat Nusantara di Malaysia seharusnya tidak berasa malu apabila berhadapan provokasi rakan sebangsa di Indonesia tentang kemasukan produk layar kaca dari Indonesia ke Malaysia yang dikira sebagai ketempangan Malaysia oleh rakan-rakan di Indonesia.

Ini kerana, umat Nusantara di Malaysia secara langsung dapat mempelajari Bahasa Nusantara versi Indonesia yang boleh dikira keupayaan berbahasa peringkat antarabangsa yang kedua selepas Malaysia diketahui sebagai negara yang mudah untuk berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris.

Di samping itu juga, kelebihan untuk berbahasa Nusantara versi Indonesia yang ada pada umat Nusantara di Malaysia membolehkan mata umat Nusantara di Indonesia terbuka tentang apa yang tidak ada pada mereka.

Nasionalisma berdasarkan batas sempadan adalah sesuatu yang dungu di zaman ini kerana ianya memundurkan.

Jika umat Nusantara di Indonesia yang merupakan 85% dari keseluruhan umat Nusantara di dunia ini bersikap nasionalis keindonesiaan, maka tahap kemajuan rantau ini sedang berpatah balik.

15 September 2009

Banjir Landa Sumatera Utara

Utusan Online, Selasa, 15 Sept. 2009

12 mati, 25 hilang dalam banjir besar di Sumatera Utara

15/09/2009 4:39pm

JAKARTA 15 Sept. — Dua belas orang mati manakala 25 yang lain hilang dalam banjir besar yang melanda daerah kecil Mandailing Natal, Sumatera Utara sejak pagi semalam.

Banjir yang bermula pukul 2 pagi semalam dengan air mencapai ketinggian lebih dua meter itu juga mengakibatkan kira-kira 2,000 keluarga terpaksa dipindahkan.

“Pasukan petugas kesihatan daerah sedang dalam perjalanan ke lokasi kejadian, yang jaraknya 8 jam perjalanan dari Mandailing Natal,” kata Ketua Pusat Pengendalian Krisis Kementerian Kesihatan Indonesia, Rustam S. Pakaya menerusi SMS kepada Bernama, hari ini.

Beliau berkata, Pusat Penanganan Krisis Wilayah Medan juga akan segera ke tempat kejadian dengan membawa beg-beg mayat, makanan dan ubat-ubatan, yang dijangka mengambil masa selama 14 jam.

Kementerian Kesihatan juga akan menghantar pegawainya ke sana untuk bekerjasama dengan pasukan dari Badan Nasional Penanganan Bencana, katanya.

Belum ada laporan terkini mengenai keadaan semasa banjir sehingga tengah hari ini mahupun mangsa dan pemindahan. - Bernama

13 September 2009

Terdapat Anti-Nusantara Di Malaysia

Terdapat beberapa komen dari golongan anti-Nusantara di Malaysia hari ini yang mengatakan bahawa jika Malaysia hendak dikategorikan sebagai Nusantara, rantau kepulauan bagi orang-orang Melayu, orang-orang China boleh menyebut bahawa Nusantara itu sendiri adalah sebahagian 'nusantara' Cina iaitu Asia.

Komen-komen ini banyak kedengaran di blog-blog yang membidas Rais Yatim, Menteri Penerangan, Kebudayaan dan Komunikasi Malaysia berhubung kenyataannya yang menyebut tentang perselisihan kebudayaan di kepulauan ini.

Sepatutnya, ekstremis pemanipulasi isu di Malaysia tidak perlu berkata apa-apa selagi mereka masih mengekalkan sistem vernakular, sistem paling tempang bagi sesebuah negara.

Justeru mereka seharusnya memandang diri mereka sebagai pendatang kerana bentuk teknikal yang dihasilkan mereka adalah sebagai pekerja yang terbabit memakmurkan ekonomi Malaysia.

Sama seperti warga asing lain yang ada hari ini yang tidak terasimilasi.

12 September 2009

Tunku Tidak Bersalah

Tengku Abdul Rahman mungkin tidak digemari di Indonesia kerana sebab beliaulah, Sukarno menjadi begitu marah akan Malaysia. Ini jelas kerana Tengku merupakan pemimpin Malaysia yang bertanggungjawab memandang sepi seruan Indonesia Raya yang ditaja Sukarno lalu meminta bantuan Inggeris memerangi Komunis yang merampas pemerintahan Malaya dari Jepun.

Di Indonesia, pemergian Jepun dalah kekalahan mereka memberi peluang Sukarno berunding dengan jeneral Jepun terakhir di Indonesia bagi 'merampas' keluasan tanah Belanda.

Tetapi sentimen di Indonesia menganggap bahawa Majapahit melalui Perdana Menterinya telah berkembang ke seluruh Nusantara pada abad ke 14. Perdana Menteri yang masyhur itu tentulah Gajah Mada. Gajah Mada menggunakan 'nusa antara' yang disebut 'Nusantara' bagi negeri-negeri jalinan diplomatiknya di luar empayar Jawa yakni Kerajaan Majapahit hinggalah perkataan tersebut kekal menjadi Nusantara.

Jika ada rakyat Nusantara mahu kegemilangan Gajah Mada menjadi kunci kegemilangan Indonesia, negara tersebut secara teknikalnya perlu dinamakan Majapahit. Tetapi itu pasti menjadi tentangan bagi wilayah kejauhan dalam Indonesia itu sendiri.

Jika ini disensasikan oleh media tidak bertanggungjawab, sudah tentulah perkataan Nusantara menjadi bahan klaim lagi.

Berbalik kepada Tengku Abdul Rahman, beliau memanggil British kembali adalah kerana kelengkapan senjata pihak komunis adalah hebat kerana ianya biayaan British kepada gerakan Malayan People Anti Japanese yang 90% dianggotai oleh pendatang China yang menjadi mangsa pembunuhan Jepun.


Semasa Jepun berangkat keluar, MPAJ telah bertukar fungsi dengan pengaruh Komunis meresapi keseluruhannya dan pembalasan dendam dibuat ke atas orang Melayu Islam yang sebelum itu bekerjasama dengan Jepun dalam urusan pentadbiran dan percukaian. Ramai imam, penghulu, ketua kampung dang pegawai kerajaan berbangsa Melayu dibunuh dengan kejam.

Sukarno tidak dapat mencampuri urusan ini kerana 'Indonesia' ciptaannya itu sendiri sedang bermati-matian menentang Belanda yang cuba masuk kembali setelah Jepun menyerah kalah. Maka untuk apa Tengku perlu dipersalahkan apabila Sukarno sendiri terlalu mementingkan diri.

Akibatnya, ramai tokoh haluan kiri Malaya yang menyokong idea Sukarno terpaksa merempat di Sumatera dan terpadam cita-cita mereka.

Hakikat yang tidak diketahui oleh rakyat Indonesia adalah pada tahun-tahun konfrontasi 60an, pihak Amerika dan Britain yang merupakan 'tok guru' Tengku telah menyarankan agar satu konspirasi dibuat dengan mereka mengebom kapal di Selat Melaka dan menuduhnya sebagai perbuatan Indonesia. Tujuan utama ialah untuk mereka dapat masuk mencampuri ketegangan di Nusantara dan menyerang dan merampas Indonesia. Tengku menjawab :"TIDAK, MEREKA SEBANGSA DAN SEAGAMA DENGAN SAYA. SAYA TIDAK BENARKAN ITU TERJADI"

Majlis Mesyuarat Nusantara

Apakah yang dikatakan dengan menyelamatkan rantau Nusantara daripada menjadi mangsa kapitalis di era globalisasi? Ini berkait rapat dengan iklim ekonomi dunia yang kini berpegang kepada pasaran bebas dan untuk ini, setiap umat Nusantara tidak boleh dipinggirkan dalam perencanaannya.

Ini bagi mengelakkan berlakunya penyongsangan ke atas penggemblengan gunatenaga yang akhirnya tidak memberi manfaat kepada kesamarataan agihan kemakmuran rantau Nusantara kerana berunsur kerahan dan penindasan. Perdagangan dalam Nusantara perlu diperkukuhkan bagi melahirkan Nusantara sebagai satu entiti ekonomi yang berstruktur serta menawarkan setiap zon peranan yang perlu digembleng.

Sebagai contoh, menempatkan perusahaan-perusahaan automobil di sebuah petempatan industri terancang di Nusa Papua dapat memberikan peluang pekerjaan, ilmu serta ruang pembangunan ke wilayah Papua dan menggalakkan penghijrahan bijak pandai ke tanah cenderawasih ini.

Hasilnya, produk yang lebih murah kerana bayaran upah yang bersesuaian dengan keperluan penduduk di sana yang bekerja di kawasan perindustrian ini dapat membolehkan kenderaan di zon-zon bertaraf hidup tinggi dijual dengan harga yang rendah.

Itu sekadar contoh perusahaan yang mungkin. Bagaimana pula dengan perusahaan semi konduktor dalam pembuatan komputer? Dengan hasil emas sebagai hasil bumi Papua, industri ini mampu berkembang dengan baik dan ini akan memberikan harapan pembangunan yang baik bagi wilayah tersebut.

Nusa Papua hanyalah sekadar contoh. Jika tenaga kerja, fasiliti serta kesesuaian boleh didapati di zon lain, maka mengapa tidak ianya dibangunkan ditempat-tempat tersebut seperti di Nusa Tenggara atau Maluku.

Pergerakan dagangan dalam Kesatuan Nusantara mampu mencipta impak yang besar ke atas ekonomi janaan dalaman dengan menumpukan kepada rahsia negara China membentuk entiti ekonominya yang tersendiri sehingga tidak terjejas negara tersebut andai berlaku krisis ekonomi yang timbul akibat kecelaruan sistem kapitalis yang berpaksikan kuasa-kuasa ekonomi Barat.

Dengan memindahkan kilang-kilang ke wilayah kurang membangun, pembangunan ke atas wilayah tersebut dapat dirangka melalui pendapatan yang diperoleh oleh panitia zon yang menjadi penaja kepada pembangunan industri di kawasan tersebut berpandukan perencanaan Majlis Mesyuarat Nusantara.

Pengikut Gus Dur Dalang Ketegangan?

Siapa sangka, andainya pertikaian segelintir rakyat Indonesia ke atas negara Malaysia yang mengganggu Nusantara itu didalangi oleh "cawangan" Anwar Ibrahim di Indonesia, yakni pemimpin NU, Gus Dur.

Gus Dur banyak diberitakan di Malaysia sebagai penjunjung Islam liberal yang turut diperjuangkan Anwar Ibrahim.

Pengikut Nahdlatul Ulama pula bukanlah sedikit. Jika pemimpinnya mampu menarik picu, nescaya para pengikut mereka akan melakukan dengan taksub.

Saling kait antara Anwar Ibrahim dan Gus Dur banyak telah tergambar di blog-blog di Malaysia sebelum ini dan terdapat bukti-bukti Gus Dur menerma anugerah kehormat tajaan gerakan Yahudi.

Sama ada mereka adalah para Iluminati atau apa jua yang berkait dengannya, Kebarangkalian bahawa kekacauan seperti "sweep Malaysia" yang dilakukan tentunya di dalang oleh pihak tertentu yang mahu memperolehi kepentingan politik walaupun terpaksa melangkaui sempadan antarabangsa.

Ada juga diceritakan tentang Gus Dur kononnya buta sebelah matanya kerana bersujud mensyukuri bumi Israel. Tidak kurang pula cerita tentang dakwaan pemimpin wanita bawahan Gus Dur membuat ucapan di luar negara dengan menyebut homoseks dibenarkan Islam.

Jika pihak perisik dapat merungkai persoalan ini maka mudahlah sentimen masyarakat "pak turut" dipulihkan dan di arah ke perkara lain yang lebih penting.

Sebarang taktik mengaut keuntungan politik dengan memperjudikan kestabilan rantau Nusantara sepatutnya dikutuk dan seharusnya masyarakat umum tidak mudah emosi dengan sogokan propaganda.

Presiden Indonesia Bersuara Berhubung Tindakan Keterlaluan Rakyatnya

Jumaat, September 11, 2009

'Sweeping' rakyat Malaysia akan timbulkan masalah baru - Susilo

JAKARTA: Presiden Indonesia Susilo Bambang Yudhoyono mengingatkan rakyatnya bahawa tindakan kekerasan 'menyapu bersih' rakyat Malaysia di sini tidak akan menyelesaikan masalah, malah sebaliknya akan menimbulkan masalah baru.

Beliau berkata terdapat 1.8 juta rakyat Indonesia yang sedang mencari rezeki dan belajar di Malaysia, yang pasti akan berada dalam kebimbangan sekarang berikutan reaksi berlebihan segelintir rakyat Indonesia menimbulkan sengketa budaya dengan Malaysia.

"Saya menerima SMS dari saudara-saudara kita yang bekerja di Malaysia antara lain bunyinya, 'Pak Presiden tolong masalah yang terjadi dengan Malaysia diselesaikan secara bijak dan arif'," katanya seperti dipetik sebuah laman web berita tempatan, semalam.

Sementara itu, selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinetnya di sini, seperti tersiar dalam laman webnya, Susilo berkata 'sweeping' ke atas rakyat Malaysia adalah tindakan kekerasan dan bertentangan dengan undang-undang, apatah lagi ketika umat Islam, baik rakyat Malaysia mahupun rakyat Indonesia sedang menunaikan ibadah puasa.

Beliau mengulas tindakan segelintir rakyat Indonesia yang menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) melakukan 'sweeping' ke atas rakyat Malaysia di sini dengan keluar ke jalan membawa buluh runcing dan memeriksa tanda pengenalan orang ramai yang melalui Jalan Diponegoro di sini untuk mencari rakyat Malaysia.

Semalam, Malaysia menyuarakan kebimbangan terhadap keselamatan rakyatnya di Indonesia termasuk kira-kira 5,600 pelajar perubatan, kedoktoran dan pergigian di samping ribuan profesional yang bekerja di sini, yang terdedah kepada ancaman golongan itu yang menggunakan slogan 'ganyang Malaysia' dan mengakui mempunyai ilmu kebal.

Pada masa yang sama, kerajaan Malaysia memberi jaminan akan memastikan keselamatan rakyat Indonesia yang berada di Malaysia dan menjamin rakyat Malaysia tidak akan bertindak balas terhadap tindakan keras yang dilakukan di sini seperti membakar bendera Malaysia dan membaling telur busuk ke kedutaan Malaysia.

Perlu diketahui bahawa banyak rakyat Indonesia sendiri, yang dipantau melalui ulasan-ulasan online, turut mengutuk dan mengecam keras ancaman oleh kelompok Bendera itu, yang mereka anggap tidak berakal, cuba mengganggu hubungan dua hala dan didalangi golongan tertentu yang berkepentingan melihat dua negara serumpun berseteru.

Susilo menegaskan bahawa pemerintah Indonesia sudah mengambil langkah mengatasi masalah yang timbul seperti tuduhan Malaysia mencuri tarian Pendet yang berasal dari Bali dan mempromosi Pulau Jemur di Riau, melalui saluran diplomatik dan Kumpulan Tokoh Terkemuka (EPG) kedua-dua negara.

"Sebagai negara tetangga dekat dan sebagai bangsa satu rumpun, memang kerap ada masalah-masalah yang terjadi di antara kita dengan Malaysia, tetapi hubungan baik harus tetap terjaga," katanya dalam laman web presiden.

Susilo berkata masalah lazimnya wujud dari semasa ke semasa, bahkan telah berlaku sejak sekian lama dalam sejarah bangsa serumpun kerana Indonesia dan Malaysia bukan saja dekat malah sentiasa berinteraksi berbanding dengan negara-negara di benua lain yang jarang bertemu dan berinteraksi sehingga tidak terjadi masalah.

"Justeru kalau kita dengan negara di Eropah Barat atau Amerika Latin atau selatan Afrika, tidak pernah ada masalah yang mengganggu kerana jarang bertemu, jarang berinteraksi. Tetapi bangsa Indonesia dengan Malaysia itu sudah terjadi sejak dahulu kala, bahkan sebelum kedua-dua negara ini menjadi negara yang merdeka dan berdaulat," katanya.

Punca ketegangan terbaru ini ialah tuduhan kononnya Malaysia mencuri tarian Pendet untuk promosi pelancongannya, yang kemudiannya terbukti tidak benar kerana klip video promosi itu dibuat oleh syarikat swasta berpejabat di Singapura yang tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kerajaan Malaysia.

Semalam beberapa cendekiawan tempatan menggesa media massa tempatan lebih berhati-hati dalam melemparkan tuduhan, dan penulisan serta penyiaran hendaklah berdasarkan fakta yang sudah dipastikan tepat, betul dan benar.

Duta Besar Indonesia di Malaysia Da'i Bahtiar malah mengakui malu kerana semua tuduhan yang diapi-apikan oleh media massa yang telah membakar semangat segelintir rakyat untuk bertindak membenci Malaysia akhirnya terbukti salah dan tidak berasas. - BERNAMA

Aspirasi NUSANTARA

NUSANTARA merupakan singkatan bagi Nations Under Special Associational Necessity Towards Acheiving Regional Aspiration atau dalam Bahasa Nusantara bermaksud : Negara-Negara Di Bawah Keperluan Tertentu Untuk Bersatu Ke Arah Mencapai Aspirasi Serantau. Ianya amat diperlukan dalam konteks-konteks berikut :

1. Menyelamatkan rantau Nusantara daripada menjadi mangsa kapitalis di era globalisasi.

2. Memastikan kekayaan Asia Tenggara dimanfaatkan untuk kesejahteraan 280.4 juta warganya.

3. Memastikan pemahaman total wujud di kalangan penduduk Nusantara berhubung sejarah mereka sendiri.

4. Membantu permasalahan rakyat Nusantara yang tanah mereka berada di dalam negara-negara bukan Nusantara.

5. Memastikan kerjasama bagi kemajuan ekonomi, pendidikan, teknologi, kebudayaan, media, persuratan dan pelancongan wujud dengan saksama.

6. Memastikan pecah belah akibat salah faham dan adu domba dapat dihentikan secara berperingkat.


Warga NUSANTARA merangkumi :

1. Keseluruhan penduduk Indonesia yang bejumlah 240.3 juta orang.

2. Keseluruhan penduduk Malaysia yang berjumlah 27.2 juta orang.

3. Keseluruhan penduduk Kepulauan Sulu dan Mindanao di dalam Filipina yang berjumlah 4.9 juta orang

4. Keseluruhan penduduk Singapura yang berjumlah 4.6 juta orang.

5. Keseluruhan penduduk Wilayah Pattani, Yala, Narathiwat dan Satun di Thailand yang berjumlah 3.0 juta orang

6. Keseluruhan penduduk Timor Leste yang berjumlah 1.3 juta orang

7. Keseluruhan penduduk Brunei Darussalam yang berjumlah 0.4 juta orang.

Perlu diingatkan, usaha ini bukanlah sama dengan gerakan berhaluan kiri tajaan pemimpin Sukarno di Malaysia melalui kesedaran kebangkitan belia yang pernah berlaku di Semenanjung pada tahun 1930an. Usaha ini dilihat lebih kepada menzahirkan sebuah penyatuan yang melangkaui batas sempadan dan perlembagaan yang berbeza.

10 September 2009

Sentimen Membenci Indonesia Meningkat Di Malaysia

Buat pertama kali sejak selepas konfrontasi tajaan Sukarno, rakyat Malaysia mulai merasa bahawa sikap berdiam diri dan malas ambil pusing mereka sebelum ini sebenarnya tidak dihargai rakyat Indonesia terutamanya keturunan Jawa.

Setelah kekal bersikap neutral, sentimen kebencian terhadap orang-orang Indonesia semakin hari semakin bertambah di Malaysia sejak isu-isu mengecam Malaysia semakin meluwap-luwap di pulau Jawa.

Rata-rata rakyat Malaysia tidak menyangka bahawa krisis tersebut dipandang secara sangat sempit dan dangkal dan seolah-olah ingin membunuh jati diri saudara mara mereka yang menegakkan negara Malaysia.

" Apakah kerana kami ini Jawa yang tidak berada di Pulau Jawa, kami tidak boleh membudayakan tarian kuda kepang? Bagaimana pula Cina Malaysia yang tidak tinggal di China? Mengapa mereka tidak dikecam oleh Cina di Tanah Besar China kerana mengamalkan Tarian Singa dan Naga di sini? " - Syahira Jamil, 21 , pelajar.

" Kami yakin, rakyat Indonesia yang sangat membenci Malaysia itu adalah tenaga kerja Indonesia yang masuk secara haram dan di usir keluar beberapa ketika dahulu. " - Jaafar Mustar , 29 , pegawai bank.

" Dulu kami tak tahu pun sentimen membenci Malaysia sampai ke tahap itu, mulai sekarang, pandangan saya terhadap rakyat Indonesia berubah seratus peratus. Saya akan menamatkan perkhidmatan pembantu rumah Indonesia kami. lagipun pembantu rumah kami sangat bermasalah. Kami yang terpaksa bersabar. " - Zurina, 41 , peniaga.

" Kalau saya tahu orang Indonesia tergamak bertindak demikian terhadap Malaysia di sana, sudah pasti saya juga tergamak untuk membakar terus kedutaan Indonesia. Tetapi saya rasa, orang Malaysia ada disiplin dan lebih rasional dan saya sendiri tak punya masa untuk benda-benda ini kerana dalam hidup ini, banyak perkara penting perlu diutamakan untuk hidup senang di masa depan. " - Johari Hamid, 19, pelajar.

Bukan itu sahaja, semakin hari semakin ramai suara penentang Indonesia berkumandang di blog-blog termasuk di akhbar-akhbar meminta agar hasil karsa seni artis dan syarikat produksi Indonesia dibuang terus dari pasaran negara ini.

Malah, ada yang menganggap bahawa sia-sia sahaja mereka memberi berjuta-juta tenaga kerja Indonesia wang untuk di bawa pulang dan mereka mula melihat kepada tenaga kerja luar Nusantara seperti dari Pakistan dan Bangladesh.

Bukankah ianya langkah ke belakang dalam kita melengkapi keperluan NUSANTARA? Jawapannya ada pada rakyat Indonesia sendiri apabila mereka sendiri tidak melakukan apa-apa terhadap tindakan luar batasan ekspresi demokrasi seperti ini, malah mereka berasa seronok dengan kerugian yang bakal mereka hadapi.

Keluhan Pejuang Patani Di Blog

Sejak mutakhir ini pihak penjajah Thai dengan bantuan kuncu-kuncu Melayu telah mempergiatkan agenda menghancurkan akhlak dan budaya umat Islam/Melayu Patani. Sudah sering kali di atas alasan seminar dan pelbagai dalih lagi , mereka membawa para isteri ulama-ulama ke Bangkok dan ada sampai mengadakan lawatan ke Laos. Mereka ditempatkan di Hotel lima bintang dan diberi makanan yang tak tau asal usul di hotel-hotel tersebut.

Pegawai-pegawai yang melayani para isteri-isteri ini terdiri dari pemuda-pemuda kacak yang terlatih untuk menggoda perempuan. Begitu juga dengan anak-anak muda perempuan dikampung-kampung. Mereka sentiasa di goda oleh tentera Thai yang kacak-kacak. Kebanyakan mereka terjebak dengan maksiat sehingga mengandung anak haram.

Dari segi kebudayaan pula mereka menggunakan berbagai taktik dengan memperalatkan ulama-ulama jahat. Baru-baru ini Maahad pengajian Islam Teluban ( Islam Saiburi Witya) dibawah pimpinan Nik dir Waba atau Paksu Dir telah mengadakan majlis pertandingan pakaian cantik dan pertandingan menari bagi pelajar-pelajar perempuan. Ibubapa pelajar yang terlibat diberi sagu hati wang!!! Sekolah ini telah dipilih sebagai sekolah contoh oleh penjajah Thai dan sering mendapat peruntukan kewangan yang banyak setiap tahun. Mereka juga memberi bantuan yang besar kapada mana-mana sekolah yang akur dengan Program penjajah. Kebanyakan sekolah-sekolah ini dimiliki oleh puak-puak Wahabi.

Golongan Wahabi dan Kuncu-kuncu Nik Dir Waba lah yang paling kuat mengeluarkan fatwa bahawa jihad di Patani sekarang ini tidak syarii dan haram di sokongi. Jika mati dalam menentang penjajah Thai maka mereka mati sebagai mati katak!!! Mereka ini menentang kononya perjuangan sekarang ini Assobiah Nasionalisma dan zalim membunuh orang-orang tak berdosa. Mereka ini lah wabak selsema babi yang sebenar. Mereka lebih bahaya dari Tentera Siam dan Selsema Babi.

Merekalah golongan yang digelar oleh penjajah Thai sebagai Thai Musilim. Dan mereka bangga dengan gelaran tersebut. Kalau tidak takkan mereka marah bila pejuang-pejuang mengaku mempertahan kan Bangsa Melayu sebagai salah satu wadah perjuangan. Mungkin mereka malu kerana pihak penjajah Thai menggelar bangsa melayu sebagai EKEK atau orang asing.

Mungkin golongan ini menyokong di atas apa yang di lakukan oleh Tentera Thai terhadap anak-anak perempuan kita. Sehingga ini tidak ada satu bantahan dan ingatan dari ulama-ulama mereka kapada ummah terhadap issu ini. Rekod kahwin terpaksa dintara Siam-Melayu ada tercatat di tiap-tiap Majlis Ugama Islam Wilayah-wilayah tertentu.

Di medan perjuangan pula beberapa pemimpin partai-partai tertentu(yang sudah tak ada rakyat) sedang sibuk mengumpul ‘team’ untuk memulakan dialogue dengan pentadbiran Abhisit. Mereka ini demi kepentingan peribadi nampaknya tidak peka langsung dengan perjuangan yang di hadapi oleh rakyat Patani. Termakan dengan pujukan Negara Asean,OIC dan NGO Scandinavia dan EU, mereka nampak begitu ghairah dengan usaha –usaha damai Autonomi. Adalah perlu diingatkan, mereka boleh meneruskan dengan agenda yang mereka yakini. Tapi jangan cuba memujuk partai-partai dan individu yang tidak minat untuk ikut serta . Teruskan lah dengan rancangan yang telah di atur. Jangan cuba mula kan perpecahan dikalangan pejuang-pejuang. Jangan memulakan fitnah-fitnah yang sering di lakukan masa dahulu. Kekalkan setiakawan diantara kita sesama orang Patani baik yang berada di Malaysia ,Saudi atau Eropah.

Kita bimbang mereka-mereka yang terlalu ghairah ini sudah diupah oleh orang-orang atau kuasa tertentu untuk memujuk semua pihak yang ada!!! Kalau dilihat cara mereka bergerak ke sana ke mari dan sentiasa tinggal di hotel-hotel lima bintang seolah –olah bertaraf Menteri amat di ragui.

Percayalah saudara-saudara, walau apa yang di janjikan oleh penjajah Thai terhadap Asean mereka tidak berminat untuk duduk semeja dengan kita dan mengadakan perjanjian. Selagi pihak tentera masih berkuasa di Patani usah di harapkan orang –orang politik Thai boleh menguasai suasana. Mereka sentiasa di halang oleh tentera Thai. Sejak dua minggu ini apabila kuat khabar angin mengatakan pihak pejuang sudah bersetuju untuk berunding mereka sengaja menembak orang-orang melayu, supaya timbul keraguan dari pihak perunding-perunding melayu tentang kejujuran Siam.

Jadi daripada membuang masa kearah usaha damai yang rakyat belum bersedia lebih baik kita perkemaskan Saf, perbanyak pejuang-pejuang dan senjata bagi menentang penjajah secara bersungguh-sungguh.

Tentang perjuangan Mujahidin Patani tidak diragui lagi sebagi satu Jihad fi Sabilillah. Kemerdekaan dan Bangsa adalah wasilah-wasilah yang dipilih dan di fikir sesuai untuk masa ini. Slogan Patanikini ialah ‘Mempertahankan Hak Melayu dan Ketuanan Islam’ bukan sebaliknya. Jihad fi sabilillah adalah bulat hati berharap dan yakin pada Allah swt, baru jadi jihad yang sebenar.Tentang tuduhan perjuangan ini Assobiah Nasionalisma adalah alasan bagi golongan yang menolak Jihad menegakkan Islam dibumi Patani. Dan juga alas an bagi orang-orang yang dulunya Melayu tapi sudah sesat identiti sekarang mengaku Thai Muslim. Mereka-mereka lebih rela mempertahankan Samanachan dan Raja Siam Budhha dari bersama-sama Mujahidin Patani.

Pejuang Patani tidak pernah membunuh rakyat sendiri yang tidak berdosa.Kami hanya membunuh tentera Thai dan talibarutnya yang benar-benar di kenal pasti.Kadang-kadang Tentera Siam membunuh orang-orang melayu dan menuduh kami melakukannya dengan fitnah yang sengaja di ada-adakan.

Orang Islam juga disogokkan dengan asakan Demokrasi.Bekas Ketua turus Tentera Thai ,SONTHI BONYARATGLIN telah menubuhkan partai baru yang berasaskan Islam.Nama partai ialah MATUBHUM. Ianya satu lagi cara bagi melekakan umat Islam melayu supaya leka dengan agenda penjajahThai.

Jangan lupa sejak lima tahun yang lalu lebih US$ 25 billion hasil minyak dan gas kita telah di faraid kan antara Malaysia Dan Thailand. Takkan mereka akan membiarkan dengan mudah hasil pendapatan mereka di rampas!!!!

Dengan itu umat Islam/Melayu hendaklah menfokuskan perjuangan kita membebaskan tanah air dari penjajahan Thai Budhha. Janganlah terperangkap dengan apa-apa agenda yang mereka lempar. Mereka sering memperalatkan Thai muslim yang asalnya Melayu bagi melengah-lengahkan Jihad kita.

Ù‡ُÙˆَ ٱلَّØ°ِÙ‰ٓ Ø£َرۡسَÙ„َ رَسُولَÙ‡ُ Û¥ بِٱلۡÙ‡ُدَÙ‰ٰ Ùˆَدِينِ ٱلۡØ­َÙ‚ِّ Ù„ِÙŠُظۡÙ‡ِرَÙ‡ُ Û¥ عَÙ„َÙ‰ ٱلدِّينِ ÚªُÙ„ِّÙ‡ِÛ¦ ÙˆَÙ„َÙˆۡ ÚªَرِÙ‡َ ٱلۡÙ…ُØ´ۡرِÙƒُونَ

Dialah yang telah mengutus RasulNya (Muhammad) dengan membawa petunjuk dan agama yang benar (agama Islam), untuk dimenangkan dan ditinggikannya atas segala agama yang lain, walaupun orang-orang musyrik tidak menyukainya. Taubah 33

Pembunuhan Kejam Di Dalam Masjid Kampung Air Tempayan, Narathiwat, awal tahun ini.

Dipetik dari
Patani Kini

Nusantara Perlu Tangani Gerakan Free West Papua

Indonesia seharusnya memberikan penerangan yang jelas berhubung langkah yang diambil olehnya dalam mengekang aktiviti pemisah yang menggelar diri mereka Gerakan Kemerdekaan Papua Barat. Berikut temubual oleh West Papua News yang disiarkan di web Free West Papua(Terjemahan)

WPNews : Selamat pagi En. Yogum. Bolehkah anda ceritakan tentang situasi di Bogolame?
Yugum Tabuni : terima kasih banyak-banyak. Situasi di Bogolame hari ini ialah, orang-orang kami semuanya menyorok dalam hutan, kebanyakannya kanak-kanak, wanita dan orang tua kerana pihak tentera Indonesia membakar kampung kami.

WPNews : Boleh ceritakan berapa banyak rumah yang dibakar tentera Indonesia?
Yugum: Perlu saya maklumkan, 25 rumah dibakar dan 5 ekor babi ternakan kami dibunuh tentera Indonesia.

WPNes : Seberapa pentingnya rumah-rumah dan babi-babi-babi itu?

Yugum : Seperti yang kamu tahu, kami orang Papua menganggap rumah dan babi adalah sebahagian dari hidup kami. Nilai babi sangat penting kerana kami tidak punya apa harta yang lebih bernilai dari ternakan-ternakan babi ini.

WPNews: Boleh beritahu kami berapa ramaikah yang telah dibunuh tentera Indonesia?
Yugum : Sehingga kini, masih ramai yang menyorok dalam hutan dan sukar untuk mengenalpasti jumlahnya kerana tentera masih melakukan rondaan. Tetapi bukti dari peluru-peluru tentera banyak yang kamu temui. Sukar untuk mengetahui angka sebenar kerana sekatan-sekatan jalanraya dan kekangan dari pihak tentera Indonesia.

WPNews : Bagaimanakah mereka yang melarikan diri dalam hutan itu terus hidup terutamanya ia membabitkan orang tua, kanak-kanak dan wanita-wanita.
Yugum: Kami perlukan bantuan kerna tiada makanan, ubat-ubatan dan kebun-kebun kami telah dimusnahkan oleh tentera. Kami tak boleh pulang lagi.

WPNews: Apa yang anda harapkan dari masyarakat antarabangsa.
Yugum: Kami cuma mahu merdeka dari Indonesia. Jika kami masih bersama Indonesia mereka akan musnahkan tanaman kami hingga kami semua kebulur. Beritahu mereka di Eropa, UK, USA, Australia dan Pasifik yang kami perlu bantuan untuk menekan Indonesia agar memberhentikan operasi ketenteraan mereka di Bogolame dan Tinginambut. Ini adalah mesej saya kepada mereka untuk memberitahu yang kami perlukan bantuan.

WPNes : Terima kasih kerana meluangkan masa anda En. Yugum.


Dari perbualan tersebut, ternyata West Papua atau dalam panggilan Nusantaranya Irian Jaya, telah digambarkan sedang berusaha memperoleh kemerdekaan dari Indonesia.

Adakah pola susunan pembangunan yang berkecamuk serta tidak menyeluruh telah mengakibatkan situasi ini menyubur di Irian Jaya? West Papua yang dipimpin Benny Wenda (gambar di atas) merupakan isu-isu yang tersimpan untuk diperhangatkan oleh Barat seandainya Indonesia lalai seperti ini.

Keberhasilan Timor Timur merdeka dari Indonesia pada tahun 1999 merupakan sokongan moral bagi gerakan ini hari ini.

Perlu diingat bahawa pulau New Guinea terletak di atas pelantar yang sama dengan Australia. Sebarang kesilapan pihak Indonesia dalam perkara teknikal berhubung perkara ini bakal mengakibatkan Nusantara kehilangan Irian Jaya.

Krakatau Buka Pintu Orang Jawa & Sumatra Ke Semenanjung

Menurut seorang warga emas yang berasal dari Sabak Bernam, Selangor, Karjono Warjo, 91, beliau diceritakan kisah perjalanan bapanya berhijrah dari pulau Jawa ke Semenanjung Tanah Melayu pada hujung abad ke 19 adalah kerana kemusnahan kampung halamannya di pinggir laut akibat tsunami selepas berlaku letusan Krakatoa pada Ogos 1883.

Kesukaran untuk mendapatkan kawasan baru akibat kehilangan saudara mara terdekat di tanah Jawa membuatkan berpuluh-puluh ribu penduduk pulau Jawa dan Sumatra berhijrah dan membuka tanah-tanah pertanian di Johor dan Selangor yang terletak di Pantai Barat Semenanjung pada ketika itu, selain menjadi pekerja-pekerja lombong bijih.

Ianya merupakan gelombang penghijrahan terbesar selepas penghijrahan perlahan-lahan berlaku setiap masa sejak berakhirnya naungan Aceh di Semenanjung akibat ancaman Belanda.

British pada ketika itu menganggap orang Jawa dan Sumatra Barat adalah penduduk asal Nusantara dan mereka tidak dikira sebagai penghijrah yang tertakluk dibawah pencukaian tenaga buruh import dari China dan India yang turut pada ketika itu, dibawa masuk secara besar-besaran.

Menurutnya, kemasukan orang Jawa ke Semenanjung pada ketika itu dialu-alukan oleh aktivis British yang bersimpati terhadap pribumi Nusantara yang pasti terjejas setelah kemasukan pendatang China dan India melampaui norma perubahan demografi British Malaya pada ketika itu.

Krakatoa yang merupakan ketakutan terbesar rantau ini pada ketika itu membantu berlakunya diaspora besar-besaran penduduk Sumatra dan Jawa ke merata kawasan sekitar Nusantara. Tumpuan paling utama sudah tentulah Tanah Semenanjung yang sentiasa hidup dengan aktiviti perlombongan, perniagaan dan tanaman makanan.

Krakatoa juga dilihat menjadi penyebab simpati penjajah Semenanjung pada ketika itu untuk menutup mata pada penghijrahan gelombang kedua secara besar-besaran orang-orang Sumatra dan Jawa ke Semenanjung yang sebelum itu berlaku akibat kesan-kesan bencana seperti letusan Tambora 1815.

Untuk rekod, etnik Nusantara terawal yang menduduki Semenanjung secara hijrahan diaspora adalah penduduk Rokan-Langkat-Kampar yang kini di dalam wilayah Riau-Sumatra, diikuti Aceh, Minang, Mendailing, Batak dan Rawa dari Sumatra dan kemudiannya oleh Bugis, Banjar dan Jawa.

Kebanyakan Pengganas Menuntut Ilmu Di Mindanao

VIVAnews, 3 September 2009

JAKARTA - Berbeza dengan pengebom yang mensasarkan para pemuda yang labil, gerakan merekrut anggota jaringan pengganas lebih selektif telah dilakukan.

"Rata-rata mereka sudah disekolahkan di Filipina," kata Ketua Polis Indonesia, Jenderal Bambang Hendarso Danuri di Gedung Dewan, Senayan, Jakarta, pada hari Khamis 3 September 2009.

Para senior biasanya pernah mendapat latihan dari Afganistan, kemudian ke Mindanao di Filipina Selatan. "Terus ke sini [Indonesia] untuk melakukan rekrutmen berikutnya," tambah Bambang Hendarso.

Beliau berharap dengan adanya pengolahan Undang-Undang anti-Pengganas, pihak polis dapat mengawasi aktiviti ini. "Ada tindakan preventif dan rehabilitas, ada kewenangan juga dari instansi lain," tambahnya.

Sebelum itu, Kepala Unit Cybercrime, Badan Reserse dan Kriminal Polri, Komisaris Besar Petrus Reinhard Golose menyebut bahawa pengambilan kelompok radikal selalunya dilakukan dengan berbagai cara.

Misalnya, "buku pemahaman jihad yang salah, majalah yang harganya nggak seberapa tapi bisa beredar terus, dana dari mana?," kata Petrus dalam pelancaran bukunya 'Deradikalisasi Teroris' Auditorium Bumiputera, Gedung F Fisip Universitas Indonesia, Depok, Jawa Barat, pada hari Khamis 20 Agustus 2009.

Atau boleh juga dari para sahabat handai. "Paling banyak melalui hubungan kekeluargaan, pernikahan," tambah Petrus.

Misalnya keluarga penjual bunga Hotel Ritz Carlton, Ibrohim @ Boim yang terbunuh dalam gempuran di Desa Beji, Kecamatan Kedu, Temanggung, Jawa Tengah. Ibrohim diketahui bersaudara dengan dua suspek lagi iaitu, Saefudin Jaelani @ Syaifudin Zuhri dan M Syahrir @ Aing.

"Seperti Zuhri, Ibrohim, dan Syahrir, mereka ipar-iparan. Itu keluarga inti," tambahnya. Selain keluarga Ibrohim, mereka yang terlibat dengan pengeboman di Bali dipercayai mempunyai hubungan kekeluargaan. Mukhlas, Amrozi, dan Ali Imron adalah adik beradik.

Selain keluarga, Petrus menyatakan bahawa universiti juga bisa menjadi platform kegiatan radikal. "Melalui cover kegiatan keagamaan, ternyata banyak arah yang berbeda dari arti jihad [yang sebenarnya]," tambahnya.

09 September 2009

Melayu Malaysia Mangsa Amarah Rakyat Indonesia

Walaupun berlaku tunjuk perasaan yang menyinggung penduduk Malaysia serta kata-kata kesat yang membangkitkan kemarahan, rakyat Malaysia yang berketurunan Melayu dilihat lebih bersabar dalam memberikan reaksi.

Ketidakfahaman tentang polarisasi penduduk negara Malaysia oleh segelintir penduduk Indonesia turut menjadi alasan mengapa isu ini dipandang sepi oleh orang Melayu di Malaysia.

Ayat sesetengah rakyat Indonesia yang berbunyi " kalian orang islam tidak seharusnya melakukan orang lain seperti hewan " adalah antara bukti yang disebut oleh beberapa rakyat Malaysia apabila menilai tentang pemahaman rakyat Indonesia tentang Malaysia itu sendiri.

Orang-orang Malaysia ini berpegang pada hujah bahawa orang Indonesia banyak yang tidak tahu bahawa penderaan atas pembantu rumah tenaga kerja Indonesia (TKI) semuanya adalah kes yang melibatkan majikan Cina yang kebanyakannya beragama Kristian, Buddha dan atheist.

Isu-isu tersebut hakikatnya mendapat simpati dan prihatin yang tinggi dari rakyat Malaysia yang beragama Islam, agama pegangan 63% penduduk Malaysia.

Malangnya, pada mata rakyat Indonesia, apa yang berlaku adalah perbuatan saudara serumpun mereka. Mereka tidak tahu bahawa negara Malaysia tidak terasimilasi dan kekangan bahasa juga budaya masih berlaku dengan menebal dalam masyarakat Malaysia.

Yang menjadi mangsa adalah rakyat Malaysia beragama Islam dan berketurunan Nusantara kerana mereka terpaksa menyerap kedangkalan sesetengah pihak akibat penerapan ilmu sejarah dan demografi ketetanggaan yang sangat cetek.

Media Indonesia Kemaruk Populariti?

Keperluan rakyat Indonesia terhadap media alternatif yang memikirkan soal sensasi mengakibatkan hubungan Malaysia - Indonesia bergoncang lagi. Setelah sekian lama media di Malaysia berdiam diri, kini muncul aliran untuk balas membalas.

Di Malaysia, media alternatif yang dikira sebagai 'bukan media mutlak pemerintah', turut menjadi tontonan paling popular penduduk pribumi iaitu kaum asal Nusantara tidak kira Melayu, Orang Asli dan semua etnik pribumi Sabah dan Sarawak. Mujur sekali, media alternatif ini tidak memerlukan berita sensasi dengan memainkan sesebuah sentimen kebangsaan hingga menggoncang sesebuah hubungan diplomatik seperti apa yang berlaku di Indonesia.

Indonesia, dengan kuasa tontonan melangkaui puluhan juta merupakan lubuk pengamal media untuk memberi nilai tambah kepada harga sesebuah waktu siaran demi memperolehi keuntungan yang bukan sedikit.

Akibatnya, mereka masih menganggap bahawa kekalutan yang dibawakan mereka hingga berlaku kebencian yang dipertonjolkan oleh pengikut-pengikut berita sensasi mereka adalah perkara terpencil dan mampu ditangani oleh pemerintah.

Tetapi apabila sesuatu yang mereka belum pasti sebelum ini menjadi besar, mereka tergamam dan mengambil langkah membiarkan isu tersebut ditelan masa, sebelum peluang-peluang seterusnya di masa hadapan digunakan semula bagi menarik tontonan umum.

Kekalutan yang digambarkan oleh penduduk Malaysia sebagai 'kejahilan' dan dilihat oleh sebahagian penduduk kepulauan Jawa sebagai 'tunjuk berani' tidak membawa keuntungan kepada sesiapa. Masalah hanya akan timbul apabila sejarah Nusantara semakin tidak difahami oleh salah satu dari kedua-dua pihak.

Akibatnya, demonstrasi kecil-kecilan tajaan pihak-pihak tertentu akan merebak dengan besar akibat salahtafsir yang akhirnya sukar diperbetulkan. Apabila ini berlaku, tidak guna bagi media untuk memperbaikinya tanpa panduan dan tatacara operasi yang diberi oleh pemerintah.

Akhirnya, untuk keuntungan yang sekejap, pengamal media yang tidak berintegriti di Indonesia akan kehilangan kebebasan yang selama ini mereka telah salahgunakan.

Bahasa Melayu Atau Bahasa Nusantara?

Indonesia, Malaysia, Singapura, Brunei, Filipina dan Thailand seharusnya mempunyai sebuah badan yang menyelia apa-apa isu berkaitan kebudayaan Nusantara yang dikongsi oleh lima negara secara bersama. Secara fakta, kaum yang menggunakan Bahasa Melayu sebagai lingua franca, perlu mempunyai pertubuhan sendiri.

Justeru, NUSANTARA merupakan sebuah badan yang amat dialu-alukan kewujudannya bagi menzahirkan sebuah badan yang akan melakukan berbagai rencana persefahaman yang membolehkan kemakmuran dapat diagihkan dikalangan masyarakat serumpun.

Mereka yang mampu berinteraksi sesama mereka dengan menggunakan lingua franca Bahasa Melayu di dunia ini berjumlah 260 juta orang dan ianya menjadi jumlah mereka ini membentuk komuniti kelima tebesar di dunia.

Bahasa Melayu dikenali di Singapura dan Brunei termasuk gelaran tidak rasmi bagi penduduk akar Nusantara di Selatan Thailand, Kepulauan Jolo dan Mindanao di Filipina TETAPI di Indonesia, ia dikenali sebagai Bahasa Indonesia manakala di Malaysia, ia dikenali sebagai Bahasa Malaysia.

Mungkin istilah MELAYU itu sendiri menjadi sensitif di Malaysia mahupun di Indonesia sendiri.

Di Malaysia, penggunaan terma Bahasa Melayu ditentang oleh keturunan asal pendatang luar Nusantara iaitu Cina dan India manakala di Indonesia, Melayu merupakan cabang etnik dalam bangsa asimilasi Indonesia yang tinggal di wilayah urba Jambi dan Kepulauan Riau dan tidak menggambarkan seluruh kepulauan Indonesia.

Justeru, NUSANTARA juga seharusnya ditubuhkan untuk diperjuangkan untuk dijadikan terminologi yang sesuai bagi menggantikan penggunaan "BAHASA MELAYU" bagi gambaran lingua franca manyarakat Kepulauan Hindia Timur.

Nusantara Berjaya

Selamatlah oh Nusantara
Negaraku ibu pertiwi

Sesungguhnya maha berjaya
Karunia dari Ilahi

Nusantara gagah perkasa
Negaraku indah murni

Sesungguhnya oh Nusantara
Karunia dari Ilahi