Keperluan rakyat Indonesia terhadap media alternatif yang memikirkan soal sensasi mengakibatkan hubungan Malaysia - Indonesia bergoncang lagi. Setelah sekian lama media di Malaysia berdiam diri, kini muncul aliran untuk balas membalas.
Di Malaysia, media alternatif yang dikira sebagai 'bukan media mutlak pemerintah', turut menjadi tontonan paling popular penduduk pribumi iaitu kaum asal Nusantara tidak kira Melayu, Orang Asli dan semua etnik pribumi Sabah dan Sarawak. Mujur sekali, media alternatif ini tidak memerlukan berita sensasi dengan memainkan sesebuah sentimen kebangsaan hingga menggoncang sesebuah hubungan diplomatik seperti apa yang berlaku di Indonesia.
Indonesia, dengan kuasa tontonan melangkaui puluhan juta merupakan lubuk pengamal media untuk memberi nilai tambah kepada harga sesebuah waktu siaran demi memperolehi keuntungan yang bukan sedikit.
Akibatnya, mereka masih menganggap bahawa kekalutan yang dibawakan mereka hingga berlaku kebencian yang dipertonjolkan oleh pengikut-pengikut berita sensasi mereka adalah perkara terpencil dan mampu ditangani oleh pemerintah.
Tetapi apabila sesuatu yang mereka belum pasti sebelum ini menjadi besar, mereka tergamam dan mengambil langkah membiarkan isu tersebut ditelan masa, sebelum peluang-peluang seterusnya di masa hadapan digunakan semula bagi menarik tontonan umum.
Kekalutan yang digambarkan oleh penduduk Malaysia sebagai 'kejahilan' dan dilihat oleh sebahagian penduduk kepulauan Jawa sebagai 'tunjuk berani' tidak membawa keuntungan kepada sesiapa. Masalah hanya akan timbul apabila sejarah Nusantara semakin tidak difahami oleh salah satu dari kedua-dua pihak.
Akibatnya, demonstrasi kecil-kecilan tajaan pihak-pihak tertentu akan merebak dengan besar akibat salahtafsir yang akhirnya sukar diperbetulkan. Apabila ini berlaku, tidak guna bagi media untuk memperbaikinya tanpa panduan dan tatacara operasi yang diberi oleh pemerintah.
Akhirnya, untuk keuntungan yang sekejap, pengamal media yang tidak berintegriti di Indonesia akan kehilangan kebebasan yang selama ini mereka telah salahgunakan.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan