Blog ini mula beroperasi pada hari Rabu 09.09.09. Nations Under Special Associational Necessity Towards Achieving Regional Aspiration bermaksud Negara-Negara Di Bawah Keperluan Untuk Bersatu Ke Arah Mencapai Aspirasi Serantau. Ia bertanggungjawab menyatukan bangsa-bangsa Melayu mengikut terma antropologi dari negara-negara yang berasingan di Kepulauan Hindia Timur yakni Kepulauan Nusantara. Blog ini merupakan salah satu suara aspirasi yang diketengahkan melalui medium Bahasa Nusantara versi Malaysia
Memaparkan catatan dengan label penyelesaian. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label penyelesaian. Papar semua catatan

24 September 2009

"INDON" Kini Masuk Dalam Perbendaharaan Kata INDONESIA

Kemarahan rakyat Indonesia atas perkataan "Indon" yang merupakan sebuah perkataan ciptaan TKI di Malaysia dan tidak mempunyai unsur penghinaan merupakan usaha mengklaim perkataan "Indon" itu sebagai milik Indonesia kerana mengikut bahasa Indonesia "Indon" merupakan perkataan hinaan.

Namun, lebih baik Malaysia (khususnya akhbar Inggeris) menghentikan penggunaan INDON sebagai kependekan bagi INDONESIA dan rakyat di Malaysia terutamanya Cina dan India, mengikut jejak orang Melayu Malaysia yang memanggil orang Indonesia mengikut pulau-pulau asal mereka seperti Sumatra, Jawa, Lombok, Kalimantan, Sulawesi, Flores, Madura, Bawean dll.

Usaha ini tidak akan merugikan mana-mana pihak dan jika Indonesia akan ketawa melihat takutnya negara Malaysia ke atas tuntutan ini, ianya bukanlah satu kerugian kerana penghormatan yang diberikan tetap akan menerima ganjaran yang baik.

Kita seharusny faham bahawa jika 10 juta rakyat Indonesia sekalipun yang pernah ke Malaysia dan mengetahui bahawa INDON itu adalah perkataan yang "mulia" kerana melambangkan kesamarataan mereka tidak kira ras apa yang mereka wakili di Indonesia, ianya hanya kurang 5% dari keseluruhan warga Indonesia.

Jadi, tiada siapa dapat memberi penerangan kepada 240 juta tanpa memastikan setiap mereka untuk datang dan mengenali Malaysia.

Jadi, ubahkan sahaja INDON kepada INDO. Mudah bukan?

19 September 2009

Malaysia Perlu Jaga Sensitiviti 85% Umat Nusantara

Ketidaksenangan umat Nusantara di sebelah Indonesia berhubung berbagai isu perlu ditangani dengan bijak oleh umat Nusantara di sebelah Malaysia.

Perkara-perkara yang melibatkan kebudayaan dan pelancongan perlu disepakati bagi membolehkan rantau ini bersama menikmati kekayaan budaya yang sememangnya diakui dunia.

Justeru, menteri-menteri yang bertanggungjawab haruslah saling berhubungan dan menubuhkan sebuah komiti ataupun komisi berhubung isu-isu yang boleh mengakibatkan ketidaksenangan mana-mana pihak.

Apa yang telah berlaku dikenalpasti berpunca dari 'missing link' dalam perkara ini antara pihak Malaysia dan Indonesia.

Malaysia kali ini seharusnya menyedari bahawa umat Nusantara itu 85% terdiri dari warga Indonesia. Justeru, perbincangan lebih kerab perlu dibuat dalam suasana keakraban serumpun bagi mengelakkan simbolik-simbolik buluh runcing kembali timbul.