Blog ini mula beroperasi pada hari Rabu 09.09.09. Nations Under Special Associational Necessity Towards Achieving Regional Aspiration bermaksud Negara-Negara Di Bawah Keperluan Untuk Bersatu Ke Arah Mencapai Aspirasi Serantau. Ia bertanggungjawab menyatukan bangsa-bangsa Melayu mengikut terma antropologi dari negara-negara yang berasingan di Kepulauan Hindia Timur yakni Kepulauan Nusantara. Blog ini merupakan salah satu suara aspirasi yang diketengahkan melalui medium Bahasa Nusantara versi Malaysia

07 Oktober 2009

Kajian Kediaman Kalis Gempa Belum Ada?

Mekanisma pembangunan semula kawasan gempa hanyalah sia-sia tanpa kajian menyeluruh bagaimana sesuatu premis kediaman boleh didirikan dalam keadaan yang selamat dan tidak menjadi 'pembunuh ciptaan manusia' yang bertindak ketika bumi bergegar bagi melestarikan fitrah penciptaannya.

Kediaman bagi kawasan gempa, di mana pada ketika ini, gempa paling kuat yang mungkin berlaku adalah 9.5 pada skala Richter dengan kedalaman 10km, mungkin boleh dibina dan logik untuk terus tegak berdiri walaupun binaan tersebut terletak betul-betul di atas pusat kegagalan plat tektonik.

Mengapakah sehingga hari ini, Asia Tenggara yang kaya dengan hasil getah, masih belum memanfaatkan getah dalam pembinaan rumah-rumah kediaman yang selamat?

Contohnya asas hampar yang dilapisi bebola getah mampu membuatkan struktur bergerak ketika gempa dan ini akan membuatkan kegagalan binaan dapat dielakkan. Ruang untuk pergerakan bangunan mengakibatkan keruntuhan juga dapat dielakkan dengan menggunakan rivet yang menyambung setiap sisi vertikal konkrit pra-tegasan yang menjadi dinding-dinding dalam bangunan kediaman tersebut.

Itu sekadar contoh kejuruteraan pembinaan domestik yang belum pernah dibangunkan di rantau ini biarpun gempa bumi telah berkali-kali meluluhlantakkan kediaman dan memakan korban.

01 Oktober 2009

Sumatera Akan Bergegar Lebih Kerap?

Kedudukan penempatan manusia di sepanjang pantai barat Sumatera pada masa depan adalah sesuatu yang mustahil untuk dizahirkan dengan teknologi yang ada hari ini.

Ini kerana, pada masa depan, pemanasan suhu global akan menambah beban kapasiti lantai laut untuk menerima tekanan berlebihan.

Ini akan membuatkan tekanan mendatar bertambah dan ini membuatkan rabung-rabung tengah lautan yang bersifat mengembangkan plat-plat bumi menjalankan aktivitinya dengan lebih kerap.

Akibat dari ini, kekerapan pembetulan plat tektonik pada pinggir subduction zone berlaku dengan cepat. Pada subduction zone ini, hanya Padang yang masih berdiri sebagai sebuah kota dan lebih merunsingkan, kota di ambang bahaya.

Walaupun impak terperosok (subducted) akibat pengembangan lantai luatan ini meliputi semua jurang-jurang lautan, Padang merupakan petempatan bertamadun paling dekat untuk hentaman sisi menunjukkan kuasanya. Padang hakikatnya berdiri di atas zon penyerap beban Lautan Hindi yang gigantik.


Bukan sahaja pembetulan tektonik gelincir sahaja yang menjadi igauan buruk Sumatera. Zon sesaran ditengah-tengah Sumatera itu belum lagi memperbetulkan kedudukannya sehingga hari ini. Lihat gambar di bawah. Anak panah biru menunjukkan kawasan pembentukan muka bumi bertebing tinggi dan anak panah hijau menunjukkan arah ricihan. Tanpa gempa bumi ricihan tersebut, zon ini masih menyimpan tenaga yang belum dilepaskan.


Sesaran inilah yang membentuk ngarai-ngarai dan tebing-tebing tinggi di Banjaran Barisan.

Hakikatnya, Malaysia perlu juga mengambil langkah peka terhadap ancaman gempa bumi berpusat di Semenanjung. Sehingga kini, belum ada kepastian bahawa di dasar semenanjung, tiada pembetulan mampatan atau ricihan yang menggegarkan pemukaan akan berlaku.

Mungkin, kitaran tenaga terpendam di Semenanjung menjangkau ratusan tahun tetapi, umum mengetahui, tiada rekod mengenai gempa bumi di Malaysia sebaik sahaja rekod-rekod alam sekitar diwujudkan, hingga ke hari ini.

Apa mungkin memang wujud satu tenaga terpendam ratusan tahun sedang menanti titik kegagalan untuk bertahan lalu terganjak. Mungkin di Bukit Tinggi yang kerap digegarkan gempa di bawah 3 pada skala Richter.



Fakta ini menjadi sebab yang jelas bahawa standard pembinaan perlu di perbaharui di Malaysia.

Adakah kita sedar bahawa Padang baru sahaja mengalami pembetulan tektonik dengan gempa sekuat 6.5 pada skala Richter beberapa ketika yang lalu.

Ini menunjukkan trend tidak sihat apabila gempabumi menjadi kerap dan pemampatan akan berlaku dengan aktif. Mungkin saat itu, Semenanjung Malaysia akan turut memasuki zon gempa Lingkaran Api Pasifik.

Seharusnya satu kajian yang jitu perlulah dibangunkan oleh cerdik pandai di rantau ini bagi membolehkan manusia berevolusi dengan alam dan tidak hanya berantakan hanya kerana isu-isu yang remeh.

24 September 2009

"INDON" Kini Masuk Dalam Perbendaharaan Kata INDONESIA

Kemarahan rakyat Indonesia atas perkataan "Indon" yang merupakan sebuah perkataan ciptaan TKI di Malaysia dan tidak mempunyai unsur penghinaan merupakan usaha mengklaim perkataan "Indon" itu sebagai milik Indonesia kerana mengikut bahasa Indonesia "Indon" merupakan perkataan hinaan.

Namun, lebih baik Malaysia (khususnya akhbar Inggeris) menghentikan penggunaan INDON sebagai kependekan bagi INDONESIA dan rakyat di Malaysia terutamanya Cina dan India, mengikut jejak orang Melayu Malaysia yang memanggil orang Indonesia mengikut pulau-pulau asal mereka seperti Sumatra, Jawa, Lombok, Kalimantan, Sulawesi, Flores, Madura, Bawean dll.

Usaha ini tidak akan merugikan mana-mana pihak dan jika Indonesia akan ketawa melihat takutnya negara Malaysia ke atas tuntutan ini, ianya bukanlah satu kerugian kerana penghormatan yang diberikan tetap akan menerima ganjaran yang baik.

Kita seharusny faham bahawa jika 10 juta rakyat Indonesia sekalipun yang pernah ke Malaysia dan mengetahui bahawa INDON itu adalah perkataan yang "mulia" kerana melambangkan kesamarataan mereka tidak kira ras apa yang mereka wakili di Indonesia, ianya hanya kurang 5% dari keseluruhan warga Indonesia.

Jadi, tiada siapa dapat memberi penerangan kepada 240 juta tanpa memastikan setiap mereka untuk datang dan mengenali Malaysia.

Jadi, ubahkan sahaja INDON kepada INDO. Mudah bukan?

19 September 2009

Salam Lebaran 1430 Hijrah


Maha Suci ALLAH Penguasa sekian alam.

Batik Memang Asal Jawa

Tindakan UNESCO mengesahkan batik adalah milik Indonesia adalah tepat pada masanya kerana batik Kelantan di Malaysia adalah evolusi dari batik jawa yang telah wujud sejak benang mula dijadikan kain.
Fakta menunjukkan susur galur bangsa Kelantan yang mendiami Patani dan Kelantan adalah dari Pulau Jawa sekitar zaman Langkasuka, iaitu zaman sebelum Islam, 1200 tahun lalu.
Tetapi, seharusnya Indonesia meraikan kepelbagaian batik itu sendiri yang telah tersebar bukan sahaja di Nusantara, malah di serata dunia termasuk India, Filipina dan Jepun.